awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes penipuan dalam talian catat kerugian RM4.3 juta di Sandakan

Bernama
Bernama
02/05/2025
09:12 MYT
Kes penipuan dalam talian catat kerugian RM4.3 juta di Sandakan
Penipuan dalam talian ini melibatkan mangsa daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan profesional, ahli perniagaan serta pesara. - Gambar hiasan
SANDAKAN: Polis merekodkan 54 kes penipuan dalam talian di daerah ini dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini melibatkan kerugian mencecah RM4.3 juta.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Ahsmon Bajah berkata pada tahun lepas sebanyak 170 kes jenayah itu dilaporkan dengan kerugian RM23.06 juta.
"Penipuan dalam talian ini melibatkan mangsa daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan profesional, ahli perniagaan serta pesara.
"Majoriti mangsa adalah individu berusia antara 31 hingga 50 tahun, dengan 61.11 peratus daripada mereka adalah lelaki manakala 38.89 peratus wanita," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, Ahsmon berkata polis memandang serius jenayah terbabit dan orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak terjebak menjadi keldai akaun dengan memberikan akaun bank kepada pihak ketiga.
"Mereka yang terlibat boleh disiasat mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM100,000, penjara antara satu hingga tujuh tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#scam
#dalam talian
#polis
#mangsa kerugian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan