awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pertama varian Omicron di Malaysia, 7 kontak rapat disah negatif COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
03/12/2021
13:16 MYT
Kes pertama varian Omicron di Malaysia, 7 kontak rapat disah negatif COVID-19
Dr Noor Hisham berkata, tujuh kontak rapat itu termasuk pemandu bas, kakitangan universiti, dua rakan sebilik serta tiga pelajar universiti lain. - Foto/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kes pertama varian Omicron di negara ini serta tujuh kontak rapatnya disahkan negatif COVID-19 selepas menjalani ujian RT-PCR pada Jumaat.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu ciapan di Twitter, tujuh kontak rapat itu termasuk pemandu bas, kakitangan universiti, dua rakan sebilik serta tiga pelajar universiti lain.
“Kesemua lapan sampel ujian RT-PCR hari ini adalah negatif iaitu kes indeks Omicron pertama dalam negara dan tujuh kes kontak rapat iaitu pemandu, pekerja universiti, tiga rakan pelajar universiti dan dua rakan sebilik. Alhamdulillah,” ujarnya.
Tambah Dr Noor Hisham melalui Twitter, kesemua 106 penumpang telah dikenal pasti dan dikesan melalui pengesanan kontak rapat.
“Tiada penyebaran dalam komuniti dilaporkan. Mungkin disebabkan dia (kes indeks) telah melengkapkan vaksinasi dan nilai CT juga tinggi iaitu menandakan fasa penghujung jangkitan serta kebolehjangkitan rendah meskipun dikesan positif,” kata beliau.
Terkini dari Negeri Perak. Kesemua 8 sampel ujian RT PCR hari ini adalah NEGATIVE iaitu kes index Omicron pertama dlm negara (Afrika Selatan) & 7 kes kontak rapat iaitu pemandu, pekerja universiti, 3 rakan pelajar universiti (2 Ghana & 1 India) & 2 rakan sebilik. Alhamdulilah
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 3, 2021
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada pagi Jumaat mengumumkan kes pertama varian Omicron dikesan di negara ini, melibatkan seorang pelajar warga asing berusia 19 tahun yang didapati positif COVID-19 pada 19 November lalu selepas tiba di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA.
Sebelum ini, Khairy berkata, langkah pengesanan Omicron dilakukan lebih awal, sebelum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan ia sebagai varian yang dibimbangi (VOC) pada 24 November lagi.
Namun, kata Khairy, KKM akan terus mempergiatkan usaha untuk meningkatkan jumlah peratusan dos lengkap bagi populasi keseluruhan negara, serta mensasarkan sehingga 75 peratus untuk dos penggalak.
Topic Berkaitan
#Omicron
#varian
#Noor Hisham
#COVID
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan