KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor telah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi supaya Hakim Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar, atau membuat apa-apa keputusan berhubung kes projek solar melibatkan isteri bekas Perdana Menteri itu.
Dalam satu notis usul yang difailkan Tetuan Akberdin & Co baru-baru ini, permohonan tersebut dilakukan selepas tular ringkasan penghakiman berhubung kes tersebut, yang didakwa sepatutnya dibacakan di Mahkamah Tinggi pada 1 September ini.
Rosmah melalui afidavit susulan berkata, beliau mendapati terdapat ketirisan atau kebocoran, selain mendapati penghakiman itu telah disediakan orang atau pihak lain, dan bukannya Mohamed Zaini sendiri.
“Sekitar 26.8.2022, pemohon telah terbaca suatu artikel oleh Raja Petra Kamarudin (penulis artikel tersebut) yang bertajuk – “Rosmah Mansor Will Be Pronounced Guilty on 1st of September 2022” – bertarikh 26.8.2022.
“Pemohon merasa amat terkejut apabila mendapati kandungan artikel tersebut yang menyatakan, bahawa satu keputusan / penghakiman bagi kes solar tersebut telah siap, tapi bukannya disediakan YA Hakim tersebut, tapi bagi pihak YA Hakim tersebut,” menurut afidavit itu lagi.
Rosmah berkata, pendedahan Raja Petra membuatkan beliau hilang kepercayaan kepada Mohamed Zaini untuk menjadi Hakim kes solar tersebut, apatah lagi untuk beliau memberikan keputusan akhir di akhir keseluruhan kes yang dijadualkan Khamis ini.
Bernama sebelum ini melaporkan, polis telah memulakan siasatan berhubung dakwaan kebocoran dokumen penghakiman perbicaraan tersebut.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana kesalahan membocorkan maklumat, Seksyen 203A Kanun Keseksaan (kesalahan mendedahkan maklumat) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (kesalahan menyebarkan kenyataan jelik).
Astro AWANI difahamkan beberapa petugas mahkamah telah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan tersebut.
Dalam pada itu Rosmah berkata, beliau turut terkejut susulan satu lagi artikel yang didakwa mengandungi keseluruhan alasan penghakiman Mohamed Zaini setebal 71 muka surat.
“Setelah meneliti kedua-dua artikel tersebut, pemohon menegaskan dengan hormatnya dan meragui sejauh mana integriti YA Hakim tersebut apabila dokumen tersebut tidak disediakan YA Hakim tersebut, tapi oleh pihak ketiga, yang mana tindakan tersebut adalah bertentangan dengan inter alia, Perenggan 5, 7, 8, dan 11 Kod Etika Hakim 2009.
“Pendedahan yang dibuat penulis artikel tersebut melalui artikel-artikel tesebut ada asas dan sahihnya, memandangkan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia tidak menafikan kewujudan Keputusan Penghakiman tersebut,” katanya lagi, memetik pengakuan polis sendiri kepada media baru-baru ini.
Dalam artikel yang diterbitkan The Star itu, ACP Beh dilaporkan berkata, penghakiman tersebut telah disediakan oleh unit penyelidikan, sebagai rujukan Hakim.
Atas sebab-sebab yang dinyatakan, Rosmah berkata, selain Mohamed Zaini menggugurkan diri, keputusan penuh pada 1 September ini, atau mana-mana tarikh kemudian, perlu digantung sementara menanti keputusan notis usul tersebut.
Selain itu, beliau memohon kes solar tersebut didengar, dibicarakan, dan / atau dibicarakan semula dan diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah yang lain.
Rosmah ketika ini berhadapan dengan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta, serta dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta dari Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.
Dana itu didakwa diterima melalui bekas Pegawai Khas beliau, Datuk Rizal Mansor, sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Media sebelum ini melaporkan keseluruhan projek tersebut bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Firdaus Azil
Wed Aug 31 2022
Rosmah berkata, terdapat ketirisan atau kebocoran, selain penghakiman itu telah disediakan orang atau pihak lain, dan Zaini sendiri. - Astro AWANI
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung usahanya mencabar kesahihan pelantikan mendiang Datuk Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa.
Kes saman syarikat barangan kemas, permohonan Rosmah didengar 29 Mei
Permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas Lebanon, terhadapnya akan didengar pada 29 Mei.
Perkembangan status representasi Rosmah 1 Mac ini
Ia berkaitan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima kesalahan gagal isytihar pendapatan kepada LHDN.
Rayuan Rosmah cabar pelantikan mendiang Sri Ram Mac depan
Sebutan kes Rosmah di Mahkamah Rayuan yang dijadualkan pada Isnin dijadualkan semula pada 8 Februari depan.
Anak bongsu Najib, Norashman selamat nikah
Anak bongsu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Norashman selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nikola Mulyadi.
Rosmah kemuka representasi baharu gugur 17 pertuduhan
Datin Seri Rosmah Mansor telah mengemukakan representasi baharu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan 12 pertuduhan.
Hilang barang kemas, syarikat Lubnan gagal peroleh penghakiman terus terhadap Rosmah
Mahkamah Tinggi menolak permohonan syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Lubnan untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.
Rosmah dakwa pertuduhan pengubahan wang haram bertindih, tidak dapat perbicaraan adil
Rosmah berkata pertuduhan berkenaan bertindan antara satu sama lain dan ia sebenarnya merujuk kepada kesalahan yang sama.
Akta Cukai Pendapatan 1967 tidak halang pendakwaan terhadap Rosmah - Pendakwaan
Tiada peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 menghalang pendakwaan terhadap Rosmah atas pertuduhan pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN.