SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Selangor akan membantu dua pengawal peribadi yang mendakwa dipukul oleh majikannya kerana berpuasa untuk memulakan saman ganti rugi.
Pengerusinya, Datuk Abdul Rashid Asari berkata buat masa ini kedua-dua mangsa terlibat tidak diwakili mana-mana peguam.
Beliau berkata, berdasarkan laporan, suspek terlibat juga dikatakan akan didakwa dan diambil tindakan di bawah Akta Kanun Keseksaan Seksyen 506, 109/324 dan 298.
BACA: Pukul pengawal peribadi: Ahli perniagaan, pembantu mengaku tidak bersalah
"Selain itu, panel peguam kami juga akan menulis surat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menggesa mereka meneliti aspek undang-undang sama ada pihak terlibat khususnya suspek utama boleh ditahan bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) berikutan penghinaan ke atas agama Islam.
"Kami turut menggesa siasatan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) berdasarkan laporan rampasan jongkong emas dan sejumlah wang besar selepas penahanan suspek," katanya pada sidang akhbar di Hotel Acapella, pada Khamis.
Rashid yang mewakili Bersatu Selangor turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada dua mangsa terlibat sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Mengulas lanjut, Rashid berkata, kedua-dua mangsa berkenaan juga akan diambil sebagai keluarga angkat Bersatu Bahagian Klang bagi membantu pihak terlibat sehingga mereka mendapat pekerjaan baharu.
"Kami juga akan berusaha untuk membantu mereka mencari pekerjaan dengan segera," katanya.
Tambah Rashid, Bersatu Selangor turut mengucapkan syabas kepada pihak berkuasa khususnya PDRM yang mengambil tindakan tegas ke atas suspek selepas kejadian itu.
"Ini juga menunjukkan kerajaan tidak bertolak ansur terhadap perlakuan jenayah yang mencabar kebebasan beragama khususnya agama Islam," katanya.
Berita asal: Dipukul majikan: Bersatu Selangor bantu mula saman ganti rugi
Sinar Harian
Fri Apr 23 2021
Rashid (dua dari kiri) menjawab pertanyaan media sewaktu sidang media yang berlangsung di Hotel Acapella, pada Khamis. -Foto Sinar Harian
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Kes pukul pengawal peribadi: Bersatu Selangor bantu mulakan saman ganti rugi
Abdul Rashid berkata buat masa ini kedua-dua mangsa terlibat tidak diwakili mana-mana peguam.