awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes rasuah pegawai kanan KSM: SPRM tunggu keputusan TPR

Sinar Harian
Sinar Harian
30/09/2023
10:20 MYT
Kes rasuah pegawai kanan KSM: SPRM tunggu keputusan TPR
Azam berkata, pihaknya masih menunggu keputusan lanjut daripada pihak TPR. - Gambar fail
KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes rasuah pengambilan pekerja asing yang melibatkan pegawai kanan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya masih menunggu keputusan lanjut daripada pihak TPR.
"Kes itu telah dikemukakan kepada TPR dan kita masih lagi menunggu keputusan dari mereka.
"Kita telah siapkan siasatan dalam tempoh dua bulan lepas dan kita masih tunggu dari TPR," katanya kepada pemberita selepas Program Menembak SPRM Bersama Media di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia di sini pada Sabtu.
Pada Mei lalu, media melaporkan Sivakumar mengesahkan bahawa lima pegawainya yang disiasat SPRM sudah ditamatkan kontrak.
Sivakumar dilaporkan berkata, pemecatan lima pegawainya itu dilakukan bagi memastikan kementerian dapat berfungsi dengan lancar.
April lalu, SPRM menahan dua pegawai kanan Sivakumar membabitkan isu rasuah dalam sebuah agensi pengambilan pekerja asing. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pegawai kanan KSM
#kes rasuah
#V Sivakumar
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan