awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes rasuah solar: Rosmah kata takut dengan Najib, tapi bukti tunjukkan sebaliknya - Hakim

Firdaus Azil
Firdaus Azil
01/09/2022
13:42 MYT
Kes rasuah solar: Rosmah kata takut dengan Najib, tapi bukti tunjukkan sebaliknya - Hakim
Hakim Mohamed Zaini berpendapat, ia adalah sesuatu yang terang lagi nyata, bahawa Rosmah mendominasi Najib, terutamanya dalam mencampuri urusan kerajaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hujah bela Datin Seri Rosmah Mansor bahawa bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor bertindak secara bersendirian untuk dakwaan bahawa beliau memperoleh suapan daripada Jepak Holdings Sdn Bhd, tidak boleh diterima, kata Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan.
Dalam alasan penghakimannya setebal 116 muka surat, Mohamed Zaini berkata, adalah mustahil untuk Rizal mempunyai keberanian yang tinggi untuk membuat penyelewengan secara sendirian, tanpa pengetahuan tertuduh.
Katanya lagi, sebagai contoh, bagaimana Rizal terpaksa mengharungi kepayahan membawa Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin dan rakan kongsinya Rayyan Radzwil Abdullah bertemu dengan Rosmah di kediaman rasmi isteri bekas Perdana Menteri itu, jika Rizal begitu berkuasa.
Dia (Rizal) dengan mudah boleh menggunakan kedudukannya untuk membuat perjanjian terus dengan Saidi dan Rayyan, memandangkan kedua-dua individu itu menganggap Rizal sebagai orang kepercayaan Rosmah.
“Seperti yang saya sebut sebelum ini, hujah pembelaan bahawa kedudukan Rizal adalah Pegawai Khas Rosmah atau tidak, adalah sesuatu yang tidak penting, memandangkan Rizal orang kepercayaan tertuduh, dan telah bersama dengan Rosmah sejak 2009,” kata Mohamed Zaini.
Awal hari ini, Mohamed Zaini selaku Hakim Bicara telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, dan denda RM970 juta ke atas Datin Seri Rosmah Mansor.
Kegagalan membayar denda tersebut akan mengakibatkan Rosmah dipenjara sepuluh tahun bagi setiap pertuduhan, dan perlu dijalankan secara berturutan.
LAPOR LANGSUNG: Kes rasuah solar: Rosmah dipenjara 10 tahun, denda RM970 juta
Rosmah didapati bersalah atas satu pertuduhan meminta suapan, dan dua pertuduhan menerima suapan dari Saidi, membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Bagaimanapun Mohamed Zaini membenarkan penangguhan terhadap kesemua hukuman, termasuk pelaksanaan hukuman sekiranya gagal membayar denda, sehingga rayuan dilupuskan di peringkat seterusnya.
Dalam pada itu, Mohamed Zaini turut menyentuh mengenai penafian Rosmah bahawa beliau terlibat dengan mana-mana projek kerajaan, terutama sekali projek solar hibrid itu.
“Tertuduh berhujah bahawa Najib sering mengingati dirinya untuk tidak sesekali melibatkan diri dengan mana-mana kontraktor, dan dia seharusnya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
“Tertuduh konsisten mengatakan dia takut dengan kemarahan Najib, dan tidak akan sesekali membuat sesuatu untuk mempengaruhi suaminya itu, apatah lagi menasihati bekas Perdana Menteri itu dalam sesuatu urusan kerajaan,” kata Mohamed Zaini.
Namun Hakim Bicara itu menganggap kesemua hujah itu sekadar khabar angin, dan tidak boleh diterima sebagai bukti di mahkamah, kerana Najib tidak memberi kenyataan sebagai saksi.
Mohamed Zaini berkata, hanya Ahli Parlimen Pekan itu yang dapat mengesahkan apa jua dakwaan atau hujah Rosmah.
Rosmah Mansor
Rosmah Mansor dijatuhi hukuman penjara berjumlah 30 tahun dan denda RM970 juta, atau penjara 10 tahun, oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas beliau didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak. - fotoBERNAMA
ROSMAH MENDOMINASI NAJIB
Selain itu, Hakim Bicara berkata, berdasarkan perbualan audio yang didengarkan di mahkamah sebagai bahan bukti, ia secara jelas menunjukkan bagaimana Rosmah memberi arahan kepada Najib berkaitan urusan kerajaan.
“Nada suaranya bersifat memerintah, dan ini jelas bertentangan dengan hujah pembelaan bahawa tertuduh akur dengan Najib untuk tidak mencampuri urusan kerajaan.
“Saya cuba katakan ini dengan rasa hormat yang tertinggi, ia adalah sesuatu yang terang lagi nyata bahawa Rosmah mendominasi Najib. Tertuduh jelas mempunyai kawalan terhadap Najib. Tertuduh tidak sepatutnya mencampuri urusan kerajaan, tetapi dia tetap melakukannya,” kata Mohamed Zaini.
Jelas Hakim Bicara lagi, seperti yang dinyatakan oleh Rizal, Rosmah mempunyai kebolehan untuk mempengaruhi keputusan yang melibatkan perkhidmatan awam.
Topic Berkaitan
#Rosmah Mansor
#Najib Razak
#Rizal Mansor
#rasuah solar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan