awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Video tular individu bertudung minum arak: PDRM tahan dua individu
Pelancongan desa Selangor berpotensi jadi model rujukan nasional kempen TMM2026
Dos kelahiran vaksin Hepatitis B kekal dalam Program Imunisasi Kebangsaan - KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes rogol babitkan remaja meningkat - Polis

Bernama
Bernama
27/02/2024
07:43 MYT
Kes rogol babitkan remaja meningkat - Polis
Mohd Shuhaily berkata mengikut rekod PDRM, terdapat peningkatan 202 kes iaitu 11.8 peratus tahun lepas berbanding pada tahun 2022. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah kes rogol dalam kalangan remaja bawah umur 16 tahun yang meningkat sejak kebelakangan semakin membimbangkan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Beliau berkata walaupun atas dasar persetujuan bersama, namun perbuatan yang dalam istilah undang-undang dirujuk sebagai 'statutory rape' itu, tetap diklasifikasikan sebagai kes rogol kerana melibatkan pelaku bawah umur.
"Mengikut rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat peningkatan 202 kes iaitu 11.8 peratus tahun lepas berbanding pada tahun 2022," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata paling menggusarkan ialah kebanyakan kes melibatkan golongan B40, dan menurutnya antara faktor jenayah ini berlaku adalah kurang penyeliaan ibu bapa, selain akses mudah kepada bahan lucah di internet.
Katanya dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan mengawasi anak-anak serta perlu celik teknologi maklumat bagi mengawal penggunaan internet untuk mengelak daripada anak-anak mereka melayari laman sesawang yang tidak sepatutnya.
Perubahan landskap komunikasi tanpa sempadan dan akses yang mudah memberi kesan ketara kepada golongan kanak-kanak sehinggakan boleh mengakses bahan-bahan terlarang tanpa kawalan dan akhirnya terjerumus dalam aktiviti yang tidak bermoral.
"Jika dahulu bahan lucah sukar didapati, namun kini semuanya di hujung jari sahaja, semua bahan ini mudah untuk akses di telefon pintar tanpa mengira usia," katanya.
Shuhaily berkata kecetekan ilmu dan kawalan ibu bapa dalam memahami kod kandungan laman sesawang yang dilayari oleh anak-anak memberi kesan yang negatif terutamanya apabila mereka membenarkan anak-anak pada usia seawal lima tahun untuk mengakses internet atas alasan untuk dijadikan bahan dalam pendidikan anak-anak.
Untuk mencegah masalah ini daripada menjadi barah dalam masyarakat, beliau berkata pihak polis tidak boleh bersendirian, sebaliknya ia memerlukan gandingan kerjasama semua pihak termasuk institusi keluarga, institusi pendidikan mahupun pembuat dasar untuk sama-sama menanganinya masalah ini.
"Dasar yang baik akan menzahirkan kelompok masyarakat yang baik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#kes rogol remaja
#suka sama suka
#klasifikasi kes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan