Kes rogol: Da’i Syed kekal bersalah, ke penjara hari ini

Pendakwah selebriti Da'i Syed diiringi anggota polis selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan atas pertuduhan merogol seorang wanita pada 2019. - fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Selebriti Da’i Syed diperintah ke penjara serta-merta selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun termasuk tiga sebatan atas kes merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun termasuk tiga sebatan terhadap Da'i Syed atas kes merogol seorang wanita tujuh tahun lalu.
- Hakim menolak rayuan Da'i Syed untuk mengetepikan sabitan dan hukuman serta memutuskan hukuman penjara bermula hari itu kerana kesalahan serius.
- Syed Shah Iqmal sebelum ini dilepaskan daripada pertuduhan merogol wanita tetapi Mahkamah Tinggi memerintahnya untuk membela diri semula.
"Ia merupakan kesalahan yang serius dan sabitan serta hukuman dikenakan sebelum ini adalah selamat, justeru hukuman penjara itu bermula hari ini," kata hakim.
Pada 30 Ogos 2024, Syed Shah Iqmal menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhinya hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita.
Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019 lalu.
Atas kesalahan tersebut, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan dia membela diri atas pertuduhan terbabit selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah hukuman yang dikenakan kepada Da'i Syed mengenai kes merogol wanita tersebut? A: Da'i Syed dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan berdasarkan kes merogol seorang wanita tujuh tahun lalu.
- Q: Mengapa Mahkamah Tinggi menolak rayuan Da'i Syed untuk mengetepikan sabitan dan hukuman tersebut? A: Hakim menolak rayuan Da'i Syed kerana kesalahan dianggap serius dan hukuman asal dikekalkan serta penjara bermula pada hari keputusan itu diumumkan.
- Q: Apa yang berlaku kepada Syed Shah Iqmal sebelum ini berhubung kes merogol wanita? A: Syed Shah Iqmal sebelum ini dilepaskan daripada pertuduhan merogol wanita kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie, tetapi Mahkamah Tinggi memerintahnya untuk membela diri semula.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

