awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Singapura buka konsulat di Sarawak, Sabah tahun ini
AirBorneo sasar buka laluan ke Semenanjung Malaysia tahun ini
Tujuh maut, lebih 100 cedera dalam sukan 'laga lembu' di India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes rogol di Kelantan kebanyakannya 'mahu sama mahu' - Polis

Bernama
Bernama
15/12/2018
21:00 MYT
Kes rogol di Kelantan kebanyakannya 'mahu sama mahu'  - Polis
Kata Hasanuddin kebanyakan kes rogol terbabit adalah "mahu sama mahu" yang melibatkan remaja bawah umur. - Gambar fail/BERNAMA
Kadar jenayah di Kelantan pada amnya masih terkawal namun jenayah rogol dilihat pada agak membimbangkan, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan.
Katanya bagaimanapun kebanyakan kes rogol terbabit adalah 'mahu sama mahu' yang melibatkan remaja bawah umur.
Walaupun berlaku atas kerelaan, polis terpaksa melakukan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol melibatkan remaja bawah umur, katanya kepada pemberita selepas Majlis Townhall "Jenayah Di Kelantan, Adakah Serius?" anjuran bersama Penjara Negeri Kelantan dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kelantan pada Sabtui.
Katanya, bagi tempoh Januari hingga November lalu sebanyak 92 kes rogol dilaporkan berbanding 108 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
"Meskipun berkurangan sebanyak 14.8 peratus namun ia tetap dilihat membimbangkan," katanya.
Dalam pada itu katanya jenayah samun berkawan tanpa senjata api menunjukkan sedikit peningkatan iaitu 130 kes dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini berbanding 126 kes pada 2017.
"Keseluruhan jenayah menunjukkan penurunan iaitu daripada 559 kes tahun lalu kepada 470 kes dalam tempoh Januari hingga November iaitu penurunan sebanyak 15.9 peratus," katanya.
Hasanuddin juga berkata kebanyakan kes jenayah berpunca daripada dadah termasuk yang paling banyak berlaku iaitu pecah rumah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#Hasanuddin Hassan
#jenayah
#Kelantan
#Malaysia
#penjara
#polis
#remaja
#rogol
#rumah
#samun
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan