awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Taekwondo: Korea Selatan hasrat kerjasama dengan Korea Utara bagi penyenaraian UNESCO
SPRM tumpu dakwaan pengubahan wang haram RM2.5 bilion babitkan IJM
Nahas pesawat Sulawesi: Pasukan SAR jumpa mayat kedua di lereng bukit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes saman fitnah Najib, Tommy Thomas selesai cara baik - Muhammad Shafee

Bernama
Bernama
19/01/2026
08:40 MYT
Kes saman fitnah Najib, Tommy Thomas selesai cara baik - Muhammad Shafee
Kes saman fitnah Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) terhadap Tommy Thomas (kiri) dan GB Gerakbudaya Sdn Bhd berhubung buku 'My Story: Justice in the Wilderness' diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi. -Foto fail
SHAH ALAM: Kes saman fitnah Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd berkaitan pembunuhan wanita Mongolia yang diterbitkan dalam buku berjudul My Story: Justice in the Wilderness, diselesaikan secara baik.

Ringkasan AI
  • Kes saman fitnah Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Tommy Thomas dan GB Gerakbudaya Sdn Bhd berhubung buku 'My Story: Justice in the Wilderness' diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi.
  • Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mengumumkan penyelesaian kes itu yang mencapai keputusan bersama untuk menghentikan khabar angin dan spekulasi negatif terhadap kliennya.
  • Thomas mengakui ketiadaan bukti yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, menyebabkan penyelesaian kes dan penarikan balik tindakan sivil tanpa perintah kos.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Penyelesaian kes saman itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Khadijah Idris di sini hari ini.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili bekas Perdana Menteri itu, memaklumkan media bahawa kedua-dua pihak telah mencapai satu keputusan bersama dan ia sepatutnya menamatkan semua khabar angin terhadap anak guamnya.
Beliau berkata Thomas mengakui bahawa sejak penerbitan buku tersebut pada 2021, bekas Peguam Negara itu tidak menyedari kewujudan sebarang bukti yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
"Anda boleh anggap ini satu kemenangan kerana tiada sebarang bukti seperti yang diakui oleh pihak defendan... jadi, ini sepatutnya menamatkan semua khabar angin, segala cakap-cakap tidak berasas dan cakap-cakap di kedai kopi berkenaan Datuk Seri Najib," katanya.
Muhammad Shafee berkata Thomas juga kekal dengan kenyataan dan pendapat beliau dalam bab 42 buku berkenaan iaitu akuan berkanun bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar adalah selari antara satu dengan yang lain.
Beliau berkata menurut Thomas, sekiranya buku itu dicetak atau diterbitkan semula, kenyataan di atas hendaklah dinyatakan pada muka surat yang sama dengan penerbitan kenyataan yang dipertikai (pada muka surat 404 hingga 405).
"Dalam keadaan ini, Thomas tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap penarikan balik tindakan sivil di atas terhadap beliau dan pihak penerbit tanpa sebarang perintah mengenai kos," kata peguam itu sambil menambah bahawa GB Gerakbudaya turut menerima sepenuhnya pandangan Thomas.
Muhammad Shafee juga berkata anak guamnya amat gembira dan bersyukur kerana selepas bertahun-tahun berdepan tekanan akibat ketiadaan keterangan langsung serta khabar angin palsu yang mengaitkan beliau dengan kes pembunuhan itu, perkara tersebut akhirnya dapat dinoktahkan melalui satu penyelesaian.
Pada 11 Okt 2024, Najib memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak pernah mengarahkan Azilah dan Sirul Azhar untuk membunuh Altantuya pada 2006 kerana beliau tidak pernah bertemu dengan wanita itu.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu memfailkan saman berkenaan pada 2021 dan menamakan Thomas serta GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd sebagai defendan.
Menerusi pernyataan tuntutannya, Najib, 72, mendakwa Thomas telah mengarang dan menyebabkan penerbitan buku itu yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya.
Beliau mendakwa buku itu diterbitkan oleh GB Gerakbudaya dan diedarkan di Malaysia pada hujung Januari 2021, seterusnya secara meluas di pasaran antarabangsa.
Najib mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud beliau telah mengarahkan Azilah dan Sirul Azhar membunuh Altantuya serta telah mengelirukan rakyat mengenai insiden tersebut bagi menutup kesalahannya.
Beliau mendakwa reputasinya terjejas akibat penerbitan fitnah itu dan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk serta ganti rugi teladan daripada defendan selain perintah agar kedua-duanya mengeluarkan kenyataan yang dipertikai daripada buku terbabit.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah penyelesaian yang dicapai dalam kes saman fitnah Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap bekas Peguam Negara Tommy Thomas? A: Penyelesaian kes saman itu telah dicapai secara baik di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, di mana kedua pihak mencapai satu keputusan bersama untuk menamatkan khabar angin terhadap Najib.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh bekas Peguam Negara Tommy Thomas berkenaan buku yang diterbitkan? A: Tommy Thomas mengakui bahawa sejak penerbitan buku tersebut pada 2021, beliau tidak menyedari sebarang bukti yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
  • Q: Apakah kandungan dakwaan fitnah yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Tommy Thomas dalam kes saman tersebut? A: Najib mendakwa bahawa Tommy Thomas telah mengarang dan menerbitkan buku yang memfitnahnya dengan mengatakan beliau mengarahkan pembunuhan Altantuya.
  • Q: Apakah kesan penyelesaian kes saman tersebut terhadap reputasi Datuk Seri Najib Tun Razak? A: Penyelesaian kes saman ini sepatutnya membantu menyudahkan khabar angin serta cakap-cakap tidak berasas yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya.
  • Q: Apakah tuntutan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Tommy Thomas dan GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd dalam kes saman fitnah tersebut? A: Najib mendakwa ganti rugi am, ganti rugi teruk, dan ganti rugi teladan daripada kedua-dua defendan serta meminta agar kenyataan yang dipertikai dikeluarkan dari buku tersebut.

Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Tommy Thomas
#Altantuya Shaariibuu
#Muhammad Shafee Abdullah
#My Story Justice in the Wilderness
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan