KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan empat hari bermula 6 Nov untuk mendengar kes saman fitnah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan beliau menggunakan kedudukannya bagi mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk campur tangan dalam prosiding kes jenayah yang masih berjalan di mahkamah.
Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili bekas perdana menteri itu berkata Timbalan Pendaftar Nor Afidah Idris menetapkan 6 hingga 9 Nov untuk perbicaraan dan menetapkan 14 April bagi pengurusan kes sebelum perbicaraan.
"Perbicaraan itu akan didengar Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff pada 10 pagi," kata peguam itu selepas prosiding pengurusan kes secara dalam talian hari ini.
Pada 20 April tahun lepas, Ahmad Zahid selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu terhadap Dr Mahathir berhubung dakwaan beliau menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk campur tangan dalam prosiding kes jenayah yang masih berjalan di mahkamah.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Ahmad Zahid mendakwa Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pejuang telah mengeluarkan kenyataan fitnah dengan niat jahat terhadapnya pada Majlis Pelancaran Aspirasi Parti Pejuang di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 23 Feb 2022. Majlis itu diadakan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15.
Pada hari yang sama juga, rakaman video mengenai kenyataan fitnah pada majlis tersebut telah diterbitkan semula secara langsung di akaun YouTube Astro AWANI yang mempunyai 1.4 juta pelanggan yang boleh diakses melalui Internet, katanya dan setakat writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan, rakaman video itu mendapat jumlah tontonan 23,443 tontonan.
Beliau mendakwa rakaman video itu telah dilaporkan secara meluas melalui pelbagai medium media sosial iaitu akaun YouTube 'MalaysiaGazette TV', Facebook profil 'Astro AWANI' dan akaun TikTok 'MalaysiaGazette TV' serta portal berita dalam talian seperti Berita Harian Online, Agenda Daily, The Malaysian Reserve, Malaysia Now, Malaymail dan New Straits Times.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendakwa kenyataan fitnah tersebut membawa maksud bahawa beliau adalah seorang yang menggunakan jalan pintas untuk menyelesaikan dan menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya yang masih berjalan serta menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi Dr Mahathir campur tangan dalam perbicaraan jenayah dan siasatan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang.
Ahmad Zahid berkata kenyataan fitnah itu memburukkan dan merosakkan reputasi serta nama baiknya serta kredibilitinya selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Justeru, beliau berkata kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional, yang secara tidak langsung memberikan imej buruk kepada komponen parti yang bertanding pada PRN Johor.
Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, faedah, serta perintah mengarahkan defendan (Dr Mahathir) menerbitkan permohonan maaf yang tidak bersyarat secara bertulis di surat khabar yang akan ditentukan oleh plaintif selain menuntut kos dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 24 2023

Pada April tahun lepas, Ahmad Zahid memfailkan saman fitnah itu terhadap Dr Mahathir berhubung dakwaan menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk campur tangan dalam prosiding kes jenayah. - Gambar fail

Lawak melampau, orang ramai kecam Jocelyn Chia
Pelawak itu menggunakan isu MH370 dan pembangunan negara sebagai 'modal' jenakanya yang disifatkan sebagai melampau dan tidak sensitif.

Lans Koperal didakwa peras ugut wanita RM200
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Kerusi PRN: Tiada lagi perbincangan peringkat negeri, Majlis Presiden putuskan - Aminuddin
Pengagihan kerusi DUN Negeri Sembilan bersama BN diputuskan oleh Majlis Presiden PH bagi menghadapi PRN tidak lama lagi.

DAP tidak usik agenda Melayu yang diperjuangkan UMNO - Zahid
Penegasan Ahmad Zahid itu sekali gus menolak kritikan yang dilempar pihak tertentu terutama pembangkang, berhubung kerjasama di antara UMNO dengan DAP.

Polis Thailand bantu kesan wanita Malaysia hilang - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Polis Thailand bagi mengesan rakyat Malaysia, Chong Sum Yee, 22, yang hilang di Chiang Mai, Thailand sejak 1 Jun lepas.

Dakwa Pulau Pinang milik Kedah: Sanusi nafi desak pinda Perlembagaan Persekutuan
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan bahawa beliau mendesak agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah.

Rangkaian 5G capai 62.1 peratus liputan setakat akhir Mei 2023 - Fahmi
Rangkaian 5G negara mencapai 62.1 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) setakat 31 Mei, 2023 melibatkan 5,058 tapak, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina Allah, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook.

Empat atlet Perak bawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Khas Dunia
Empat atlet dari Negeri Perak antara yang akan mewakili negara pada Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

13 kontena terbakar di Pelabuhan Klang
Sebanyak 13 kontena mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran di kawasan kontena milik Northport (Malaysia) Bhd dekat Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, pagi tadi.

DAP tidak usik agenda Melayu yang diperjuangkan UMNO - Zahid
Penegasan Ahmad Zahid itu sekali gus menolak kritikan yang dilempar pihak tertentu terutama pembangkang, berhubung kerjasama di antara UMNO dengan DAP.

Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

TPM, anggota Kabinet ucap tahniah Hari Keputeraan Agong
Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri merafak sembah dan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bekas ahli UMNO yang rindu PAU, sila datang - Zahid
Bekas ahli parti Melayu itu mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung.

TPM Zahid 'ngabang' Gawai di Kuching, Kapit
Pagi ini, Ahmad Zahid dijadual mengadakan pertemuan dengan Abang Johari di kediamannya di Petra Jaya sebelum berangkat ke Sibu.

Institusi TVET perlu teruskan peranan lahir tenaga kerja berkemahiran
TVET perlu terus memainkan peranan melahirkan tenaga kerja yang cekap, berkemahiran dan menyumbang kepada pembangunan negara serta memenuhi keperluan pasaran pekerjaan era semasa.

Selepas 25 tahun, Anwar kembali ke Perhimpunan Agung UMNO
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal kembali 'menjejakkan kaki' ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 pada 9 Jun ini.

Bagan Datuk bakal terima pelaburan antaranya dari China, Turki - Ahmad Zahid
Tiga pelabur melibatkan industri perkilangan dan perkapalan antaranya dari negara China dan Turki telah menyatakan komitmen kepada kerajaan untuk melabur di Bagan Datuk.

Kerajaan akan pohon perkenan Sultan Nazrin untuk nama Jambatan Bagan Datuk
Perkara itu akan disembah maklum kepada baginda Sultan Nazrin dalam masa terdekat bagi mendapat perkenan.

Jambatan Bagan Datuk dibuka hari ini
Jambatan sepanjang kira-kira 1.5 kilometer itu menghubungkan kawasan Parlimen Pasir Salak dan Bagan Datuk.