awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes saman Zahid, Tun M dalam proses mediasi

Bernama
Bernama
14/04/2023
09:49 MYT
Kes saman Zahid, Tun M dalam proses mediasi
Dr Mahathir pula menyaman Ahmad Zahid atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung isu 'kutty'. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pihak-pihak yang terlibat dalam kes saman melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tun Dr Mahathir Mohamad akan berbincang untuk menyelesaikan kes itu melalui proses mediasi di Mahkamah Tinggi di sini.
Timbalan Perdana Menteri itu memfailkan saman terhadap Dr Mahathir berhubung dakwaan beliau menggunakan kedudukannya bagi mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk campur tangan dalam prosiding kesnya yang masih berjalan di mahkamah.
Dr Mahathir pula menyaman Ahmad Zahid atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung isu 'kutty'.
Peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman yang mewakili Ahmad Zahid ketika dihubungi berkata perkara itu dimaklumkan semasa pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Nor Afidah Idris hari ini.
"Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 14 Julai 2023 secara dalam talian untuk mengetahui status mediasi bagi kedua-dua kes saman itu," katanya.
Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Dr Mahathir berkata jika pihak-pihak gagal mencapai penyelesaian, kes saman akan diteruskan dengan perbicaraan.
Mahkamah sebelum ini menetapkan 6 hingga 9 Nov ini untuk perbicaraan bagi kes saman Ahmad Zahid terhadap Dr Mahathir manakala perbicaraan kes saman Dr Mahathir terhadap Ahmad Zahid berlangsung selama empat hari bermula 11 Sept ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Tun Mahathir
#saman
#Mahkamah Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan