Kes serang wartawan: Suspek dipercayai tersalah sasaran - Ketua Polis KL

Fadil berkata semakan juga mendapati suspek yang berusia 37 tahun seorang penganggur dan mempunyai rekod jenayah lampau. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suspek yang terlibat dalam insiden serangan terhadap wartawan sukan dan Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Haresh Deol dipercayai tersalah sasaran.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata siasatan awal mendapati serangan itu dipercayai berpunca daripada motif peribadi, dengan dakwaan kononnya mangsa menganggu isteri suspek.
"Kejadian ini dilihat bersifat peribadi dan suspek sebenarnya telah tersalah orang," katanya kepada pemberita ketika Program Kesejahteraan Komuniti "Disiplin Terjaga, Generasi Terbina di sini hari ini, yang turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Megat Affandi Ismail.
Fadil berkata semakan juga mendapati suspek yang berusia 37 tahun seorang penganggur dan mempunyai rekod jenayah lampau dan direman tiga hari hingga esok selepas ditahan di Cheras pada Selasa lepas.
Beliau berkata siasatan sedang dilengkapkan secara komprehensif dengan meneliti keterangan semua pihak dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.
POLIS-WARTAWAN 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Pada Selasa lepas, Haresh telah diserang oleh dua individu dalam satu insiden di Bangsar, dengan seorang daripadanya bertindak merakam insiden berkenaan menggunakan telefon bimbit.Sementara itu, Fadil berkata mayat pempengaruh Taiwan Hsieh Yun Hsin, 33, telah pun dituntut oleh ahli keluarganya.
Dalam perkembangan lain, Fadil berkata pihaknya masih belum mendapat keputusan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi pertuduhan kerana terdapat beberapa perkara yang belum diperoleh termasuk laporan bedah siasat mangsa.
Semalam, jaminan polis terhadap penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee, 42, disambung selama 14 hari lagi bermula esok hingga 10 Dis ini.
Namewee dipercayai individu terakhir yang dilihat bersama wanita itu.
Hsieh ditemukan mati di dalam tab mandi di bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay dekat sini pada 22 Okt lepas dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


