PUTRAJAYA: Pendakwa Raya memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran mencelah dalam rayuan Peguam Diraja dari United Kingdom Jonathan Laidlaw yang mahu diterima masuk sebagai peguam untuk mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan terakhir beliau membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Dalam notis usul, yang difailkan semalam, Pendakwa Raya juga memohon untuk membatalkan rayuan Laidlaw atas alasan rayuan itu bersifat akademik dan merupakan penyalahgunaan proses.
Permohonan itu disokong oleh afidavit yang difailkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul.
Pendakwa Raya, yang tidak dinamakan sebagai responden dalam rayuan Peguam Raja itu, mahu dimasukkan sebagai responden keempat bagi rayuan tersebut.
Pendakwa Raya berkata ia adalah pihak dalam prosiding di Mahkamah Tinggi tetapi digugurkan secara unilateral sebagai pihak dalam rayuan itu. Responden lain dalam prosiding itu ialah Peguam Negara, Badan Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur.
Pendakwa raya juga berkata notis rayuan Laidlaw disampaikan di luar masa.
Laidlaw memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Tinggi pada 21 Julai lepas, menolak permohonannya untuk diterima masuk dan didaftarkan bagi menjalankan amalan di Semenanjung Malaysia.
Pada 12 Okt lepas, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata Laidlaw akan mewakili bekas perdana menteri itu dalam pendengaran semula rayuannya jika permohonan semakannya dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan.
Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan terhadap tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.
Pada 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap beliau. Rayuannya terhadap sabitan dan hukumannya telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.
Permohonan semakan Najib telah ditetapkan untuk didengar di Mahkamah Persekutuan selama tiga hari mulai 19 Jan tahun depan.
Sementara itu, Badan Peguam Malaysia juga telah memfailkan permohonan untuk membatalkan rayuan Laidlaw, dengan menyatakan rayuan itu bersifat akademik kerana Mahkamah Persekutuan telah pun memutuskan rayuan Najib pada 23 Ogos lepas.
Dalam notis usul yang difailkan semalam, Majlis Peguam berkata rayuan itu remeh, menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2022
Peguam Diraja Jonathan Laidlaw merayu mahu diterima masuk sebagai peguam untuk mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan terakhir beliau membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.- Fail/BERNAMA
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu ditutup
Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) ditutup tepat pada pukul 10 pagi selepas dibuka 9 pagi ini.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes SRC International Najib: Pendakwa Raya fail kebenaran mencelah, mahu rayuan Laidlaw dibatal
Pendakwa Raya failkan permohonan mencelah dalam rayuan Peguam Diraja dari United Kingdom Jonathan Laidlaw yang mahu diterima masuk sebagai peguam untuk mewakili Najib dalam kes SRC International.
Rayuan SRC Najib: Tak ada kenyataan media - Mohamed Shafee
Kelibat Mohamed Shafee itu dilihat memasuki pekarangan mahkamah sekitar jam 10 pagi sebelum memasuki kamar perbicaraan rayuan akhir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Rayuan SRC: ZIST melakukan yang terbaik - Zaid Ibrahim
Zaid berkata, firma itu telah menerima keputusan bekas perdana menteri itu dengan hati terbuka untuk memberhentikan khidmat firma guamannya.
Proses rayuan terakhir Najib Tun Razak bermula Isnin
Proses rayuan melibatkan Ahli Parlimen Pekan itu di Mahkamah Persekutuan selama 10 hari, antara 15 Ogos hingga 26 Ogos, 2022.