awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Risau anak asyik lupa! Ini lima punca memori lemah
Lebih banyak salji dijangka landa timur, utara Jepun
Mexico rekod 936 gegar penghujung selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 - Pakar Seismologi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes SRC: Najib langgar amanah, khianati kepercayaan rakyat - Hakim

Bernama
Bernama
09/12/2021
13:51 MYT
Kes SRC: Najib langgar amanah, khianati kepercayaan rakyat - Hakim
Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan hanya melanggar amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada beliau malah bertindak mengkhianatinya. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan hanya melanggar amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada beliau malah bertindak mengkhianatinya.
Justeru, Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali ke atas Najib iaitu penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd adalah wajar.
"Kami mendapati Hakim Mohd Nazlan dalam menjatuhkan hukuman bagi setiap daripada tujuh pertuduhan yang dihadapi telah menseimbangkannya dengan kepentingan perayu (Najib) serta kesakitan dan penderitaan yang dihadiahkan beliau kepada negara. Najib bukan sekadar melanggar amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada beliau malah bertindak mengkhianatinya.
"Dalam keadaan seperti ini, apabila seorang pemimpin politik penting telah diheret ke mahkamah, disabitkan serta dihukum, kami mendapati ini adalah waktu paling sesuai untuk memetik kata-kata bekas Ketua Hakim Negara Raja Azlan Shah semasa baginda menjadi hakim perbicaraan dalam kes Pendakwa Raya lawan Datuk Harun Idris (bekas Menteri Besar Selangor)," katanya dalam penghakiman bertulis setebal 308 muka surat.
Sebelum menjatuhkan hukuman ke atas Harun, Raja Azlan Shah kata "Saya ulangi apa yang saya katakan sebelum ini iaitu undang-undang tidak pilih kasih. Justeru, adalah mustahil untuk mengabaikan hakikat bahawa anda berada dalam kategori berbeza berbanding mana-mana individu yang pernah saya bicarakan. Adalah mustahil untuk mengabaikan hakikat bahawa di mata berjuta-juta rakyat negara ini, anda adalah seorang patriot dan pemimpin.
BACA: Kes SRC International: Tindakan Najib bukan untuk kepentingan negara tetapi memalukan negara - Hakim
"Malah mereka yang berbeza pandangan politik dengan anda memandang anda sebagai seorang yang bercita-cita tinggi. Anda mempunyai setiap peluang untuk menggapai tahap pencapaian tertinggi namun anda membiarkan ketamakan merosakkan diri.
"Agak sukar difahami bagaimana seseorang yang berada dalam kedudukan anda tidak dapat mengenal pasti apa itu rasuah. Dengan berbuat demikian, anda bukan sahaja mengkhianati perjuangan parti anda yang selama ini anda pertahankan, tetapi juga sumpah jawatan anda di hadapan Raja Berdaulat, dan paling utama ialah dari segi undang-undang kerana anda adalah tertakluk di bawahnya," kata Raja Azlan dalam penghakiman itu.
Semalam, Abdul Karim yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara mengekalkan sabitan serta hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi ke atas Najib pada 28 Julai 2020.
Panel itu membuat keputusan tersebut selepas menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terbabit.
Najib, 68, masih mempunyai peluang terakhir untuk merayu terhadap keputusan itu di Mahkamah Persekutuan dan pasukan pembelaan telah memfailkan petisyen rayuan semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes najib
#SRC International
#Rasuah
#Najib Razak
#Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil
#Mahkamah Tinggi
#1MDB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan