awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tembak mati di Parit Buntar kes terpencil - Polis

Syafique Shuib
Syafique Shuib
31/07/2013
10:35 MYT
Kes tembak mati di Parit Buntar kes terpencil - Polis
Satu lagi kes tembak mati berlaku di Parit Buntar pagi tadi dimana seorang lelaki ditemui maut dengan tiga kesan tembakan pada tubuhnya di kawasan persimpangan Jalan Permai 2.
Namun, Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mat Fauzi Nayan meminta orang ramai supaya tidak bimbang kerana ia adalah kes terpencil.
"Walaupun ia kes terpencil, namun pihak polis tetap memandang serius dalam hal menangani masalah ini. Kami akan melakukan penyiasatan secara menyeluruh. Kami masih tidak pasti tentang motif penembakan sama ada ia adalah dendam atau gansterisme.
"Yang pasti, keselamatan penduduk terjamin dan mereka tidak perlu bimbang," kata beliau kepada Astro AWANI.
Tambah beliau, kejadian berlaku berhampiran kawasan pendidikan, sekolah dan kawasan perumahan dan beliau sekali menegaskan supaya orang ramai tidak bimbang tentang isu ini.
"Kami akan membuat rondaan di kawasan berhampiran demi keselamatan penduduk tempatan," tambah beliau.
Menurut laporan HarakahDaily, kejadian berlaku pada jam 9.40 pagi tadi. Mangsa yang berusia 26 tahun sedang menunggang motosikal sebelum orang ramai mendengar bunyi tiga das tembakan.
Topic Berkaitan
#kes tembak mati
#parit buntar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan