awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tembak mati ejen hartanah di Taman OUG dianggap selesai

Israr Khalid
Israr Khalid
20/07/2016
05:06 MYT
Kes tembak mati ejen hartanah di Taman OUG  dianggap selesai
Anggota forensik polis memeriksa mayat seorang ejen hartanah wanita yang maut ditembak di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG pada 6 Julai lalu. - Foto Bernama
Polis menahan lapan orang suspek bagi membantu siasatan kes tembak mati seorang wanita dan anaknya berusia lapan tahun di Taman OUG, Jalan Klang Lama, di sini.
Dengan penahanan itu kes terbabit dianggap selesai.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim memaklumkan, kesemua suspek adalah warga Malaysia berusia lingkungan 20 hingga 50-an.
Penahanan dibuat semalam di sekitar Kuala Lumpur dan Perak di mana suspek terdiri daripada pelbagai bangsa, dua daripadanya dipercayai wanita.
"Kami turut merampas sepucuk pistol di Perak dipercayai digunakan dalam pembunuhan tersebut dan telahpun dihantar kepada unit forensik untuk disiasat," katanya dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitternya pagi ini turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan itu polis menyelesaikan kes itu.
"Syabas STAFOC dan JSJ KL @PDRMsia selesaikan kes tembak wanita dan anak di OUG, tangkap lapan orang di Kuala Lumpur dan Perak, rampas pistol semalam #GoPDRMGo," kata Khalid.
6 Julai lepas, seorang ejen hartanah wanita berusia 32 tahun maut di tempat kejadian manakala anaknya cedera parah selepas kereta yang dinaiki ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki menaiki motosikal dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#Noor Rashid Ibrahim
#Timbalan Ketua Polis Negara
#wanita ditembak mati di hadapan anaknya sendiri di Taman OUG dekat Bukit Jalil pada 2.45 petang Rabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan