Susulan kes berbalas tembakan di Kampung Simee, Ipoh pada petang Selasa, polis berjaya menumpaskan ketiga-tiga penjenayah yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun dan cubaan membunuh sekitar Perak sejak tahun lepas.
Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh berkata pihak polis percaya dengan kejayaan pihaknya menembak mati suspek terbabit, pihaknya berjaya menyelesaikan 15 kes samun yang berlaku di sekitar Sungai Siput dan Ipoh.
Beliau berkata dalam kejadian 3.45 petang itu, pasukan Op Cantas Khas dari Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN) bersama Pasukan Khas dan Jenayah Terancang Bukit Aman terserempak dengan sebuah kenderaan jenis Honda Accord yang dinaiki oleh ketiga-tiga suspek dalam keadaan mencurigakan.
Pihak polis kemudian telah mengarahkan kereta terbabit untuk berhenti namun suspek bertindak memecut ke arah Jalan Sultan Azlan Shah sebelum meluru ke arah Kampung Simee.
Kenderaan yang dinaiki suspek itu kemudian bertindak agresif dengan menghimpit dan melanggar kereta pasukan polis sehingga menyebabkan kenderaan suspek terbabas, sebelum melepaskan tembakan ke arah polis.
Osman berkata polis kemudian bertindak melepaskan tembakan ke arah penjenayah untuk mempertahankan diri dan berjaya menumpaskan ketiga-tiga penjenayah tersebut.
Hasil pemeriksaan lanjut di tempat kejadian pihak polis menemui sepucuk pistol jenis revolver "Smith & Wesson" bersama tiga butir peluru hidup, tiga kelongsong peluru hidup, sepucuk pistol semi automatik jenis "Sport Arms Miami", tiga bilah parang, dua helai topeng muka, dua pasang sarung tangan dan lima buah telefon bimbit.
Menurutnya, salah seorang daripada penjenayah terbabit yang dapat dikenalpasti mempunyai 21 rekod lampau manakala dua lagi tidak mempunyai pengenalan diri.
Astro Awani
Wed Apr 01 2015
Osman berkata polis kemudian bertindak melepaskan tembakan ke arah penjenayah untuk mempertahankan diri dan berjaya menumpaskan ketiga-tiga penjenayah tersebut.
Banyak usaha Kerajaan Perpaduan bantu masyarakat India - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata banyak usaha dilakukan Kerajaan Perpaduan untuk membantu masyarakat India.
Ketegangan terus memuncak di kampus A.S
Penunjuk perasaan terus berkumpul di kampus Universiti California Los Angeles (UCLA) selepas ketegangan memuncak di kampus A.S apabila penyokong pro-Israel menyerang perkhemahan penunjuk perasaan pro-Palestin pada Rabu.
Kemalangan dua treler di lebuh raya, semua lorong arah utara terhalang
Susulan kemalangan itu menyebabkan semua lorong arah utara terhalang dan trafik dilencongkan ke Plaza Tol Kuala Kangsar.
Pelaburan Microsoft AS$2.2 bilion: Bukti keyakinan global kepada Malaysia - PM
Jumlah tersebut merupakan pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft setelah 32 tahun bertapak di Malaysia.
[TERKINI] Pelaburan Microsoft jadikan Malaysia hab digital serantau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan menyambut baik pengumuman pelaburan oleh Microsoft.
Katanya, pelaburan itu bakal mempercepatkan transformasi digital negara seiring komitmen 'Bersama Malaysia' yang dilaksanakan Microsoft sejak tahun 2021.
Katanya, pelaburan itu bakal mempercepatkan transformasi digital negara seiring komitmen 'Bersama Malaysia' yang dilaksanakan Microsoft sejak tahun 2021.
[TERKINI] Microsoft umum pelaburan AI, awan bernilai USD2.2 bilion di Malaysia
Microsoft mengumumkan pelaburan 2.2 bilion dolar Amerika atau 10.48 bilion ringgit dalam Kecerdasan Buatan (AI) dan pembangunan infrastruktur awan di Malaysia.
Perkara itu diumumkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft Satya Nadella ketika memberi ucaptama mengenai era baharu Kecerdasan Buatan (AI) di Kuala Lumpur pada Khamis.
Perkara itu diumumkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft Satya Nadella ketika memberi ucaptama mengenai era baharu Kecerdasan Buatan (AI) di Kuala Lumpur pada Khamis.
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan USD2.2 bilion di Malaysia
Microsoft mengumumkan untuk melabur USD2.2 bilion (RM10.48 bilion) dalam kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan infrastruktur awan di Malaysia.
Tourism Malaysia jalin kerjasama dengan MAG bagi perkukuh misi TMM 2026
Tourism Malaysia memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Malaysia Aviation Group (MAG) yang akan berlanjutan selama tiga tahun bagi mempromosikan Malaysia sebagai pilihan utama destinasi pelancongan dalam ekonomi global sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.
Tourism Malaysia laksana tiga strategi teras, tarik 35.6 juta pelancong
Tourism Malaysia melaksanakan tiga strategi teras bagi mempromosikan negara di peringkat antarabangsa serta domestik sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 merangkumi kewujudan permintaan, meningkatkan trafik dan mengutamakan pasaran sasaran.
Pelepasan petugas TH musim 1445h/2024 masihi
Dua kakitangan Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke tanah suci pada petang ini.
Polis: Tiada unsur jenayah kes kematian dalam tahanan Tampin
Seorang lelaki berumur 43 tahun dilaporkan mati dalam tahanan di balai polis Tampin lewat semalam.