Polis menganggap kes tembakan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Ching Eu di sini petang semalam selesai dengan tangkapan yang dibuat ke atas suspek yang terlibat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, dalam kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Datuk Ong Teik Kwong, 32, serta dua individu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.
Mereka ialah Senthil Murugiah, 38, dan Choi Hon Ming, 32.
Zainol berkata, suspek berusia dalam lingkungan 40-an melepaskan tembakan ke arah mangsa, ahli perniagaan berpangkat Datuk, yang sedang memandu kereta jenis BMW.
"Punca kejadian masih dalam siasatan. Mangsa merupakan seorang Datuk. Suspek telah pun ditangkap dan kes kita anggap selesai. Motif masih dalam siasatan.
"Dalam kejadian ini, suspek telah menembak Datuk tersebut. Rakan kepada Datuk telah keluar, lari, dan suspek mengejar dan melepaskan tembakan, itu menyebabkan telah terkena orang awam yang berhampiran.
"Suspek satu kereta dengan mangsa. Dia pengawal peribadi mangsa tetapi bukan merupakan 'bodyguard' di mana-mana syarikat pengawal keselamatan," katanya kepada pemberita.
Suspek dikatakan turut cuba melepaskan tembakan ke arah rakannya yang berada dalam kenderaan yang sama, namun tersasar dan mengenai dua orang awam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam Khamis itu, tembakan rambang yang dilepaskan mengenai petugas media dan seorang individu lain yang berada berdekatan tempat kejadian.
Jurukamera sambilan RTM, Muhammad Amirul Amin Mohd Amir, 28, dan pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) Nurul Huda Abdul Aziz, 38, yang cedera itu kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).
Seorang saksi kejadian yang ketika itu bersama Muhammad Amirul berkata, ketika kejadian beliau dan rakannya itu menaiki motosikal dalam perjalanan ke majlis perasmian Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong.
Menceritakan detik cemas itu, Mohamad Iskandar Othman berkata mereka memberhentikan motosikal di tepi jalan berkenaan selepas melihat sebuah kereta sedang berasap di bahu jalan.
"Sampai di tempat kejadian, kami nampak keadaan jalan sesak, ada sebuah kereta berasap. Kami berhenti, pada mulanya hendak cuba memberi bantuan.
"Di sebelah tepi jalan, saya nampak seorang lelaki sedang duduk dan seorang lelaki lain sedang mengacukan pistol ke arahnya.
"Saya jerit kepada Amirul, jangan pergi situ! Waktu saya jerit, lelaki itu terus menembak Amirul, dan saya melarikan diri.
"Dia melepaskan tembakan rambang. Amirul tak sempat lari. Dia ditembak dari hadapan, pada jarak kurang 10 meter," katanya kepada pemberita.
Muhammad Amirul yang cedera di bahu kiri dijangka menjalani pembedahan pagi ini manakala Nurul Huda ditempatkan di wad ICU untuk pemantauan dan pemeriksaan lanjut.
Keadaan Nurul Huda kritikal apabila mengalami pendarahan teruk akibat terkena tembakan.
Manakala seorang lagi mangsa lelaki, yang juga kenalan Datuk yang maut, cedera di kepala dan menerima rawatan pesakit luar serta dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan pada jam 12 tengah malam tadi.
Tiga mayat mangsa tembakan itu juga di hantar ke Unit Forensik HPP untuk bedah siasat.
Terdahulu, perkarangan HPP dipenuhi dengan rakan, ahli keluarga, petugas media dan anggota polis juga ditempatkan bagi mengawal keadaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Dec 02 2016

SAC Zainol Samah berkata, suspek berusia dalam lingkungan 40-an melepaskan tembakan ke arah mangsa, ahli perniagaan berpangkat Datuk, yang sedang memandu kereta jenis BMW. - Gambar fail

Penstrukturan semula projek LCS bakal pulih, perkukuh ekosistem maritim Malaysia - MASTRA
MASTRA turut menyarankan supaya pihak terlibat melantik ahli Lembaga Pengarah Syarikat dari kalangan mereka yang berkompetensi dan berintegriti.

Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mei 2023.

Big Stage 2023: Giliran Meer Nash ucap selamat tinggal, Waode dominasi minggu keempat
Peserta Big Stage 2023, Meer Nash harus menerima kenyataan apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang harus meninggalkan program hiburan itu.

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.

Perjalanan lancar, Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu dibuka hari ini
Projek Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu, yang juga sebahagian daripada Lebuhraya Pan-Borneo telah dibuka pada 6 petang tadi.

Helikopter tentera Indonesia terhempas di Jawa Barat, lima kru terselamat
Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.

Keringkan empangan demi dapatkan semula telefon bimbit
Pam diesel itu berjaya mengosongkan kira-kira dua juta liter (440,000 gelen) air, cukup untuk mengairkan 600 hektar tanah.

Wartawan mengajar saya jadi manusia berani, bertanggungjawab - Datuk Lat
Menurut Datuk Lat, kerjaya wartawan disifatkan satu cabaran, kerana mereka perlu mengharungi bahaya termasuk merisikokan diri demi tugas.

Sepanyol adakan pilihan raya tempatan pada Ahad
Pengundi Sepanyol bersedia untuk keluar mengundi dalam pilihan raya pada Ahad untuk memilih datuk bandar dan pemimpin wilayah menjelang pilihan raya umum yang dijadualkan akhir tahun ini.

Kontraktor rugi RM571,000 tawaran 'Datuk Seri' tidak wujud
Seorang kontraktor kerugian RM571,000 selepas diperdaya dengan tawaran mendapatkan gelaran Datuk Seri yang dibuat hanya menerusi panggilan telefon, sejak pertengahan Februari lepas.

Pegawai SPRM, Datuk Roy didakwa rasuah RM640,000 supaya anak Muhyiddin tidak direman
Seorang pegawai SPRM dan ahli perniagaan dikenali sebagai 'Datuk Roy' berhadapan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah supaya anak Muhyiddin Yassin tidak direman.

Potensi kemasukan pelajar dari China meriahkan sektor pendidikan - MPN
Potensi kemasukan pelajar dari negara China untuk memeriahkan sektor pendidikan di negara ini dilihat sangat besar.

Lelaki maut ditembak serang polis, jadikan ibu tebusan disah bawah pengaruh dadah
Lelaki yang maut terkena tembakan ketika cuba menyerang anggota polis dengan parang di sebuah rumah di Hutan Melintang pada Selasa, disahkan berada di bawah pengaruh dadah.

Penagih dadah jadikan ibu tebusan, serang polis maut ditembak
Seorang lelaki maut dipercayai akibat terkena tembakan selepas bertindak agresif menyerang anggota polis dengan parang dalam kejadian di Hutan Melintang di sini pada Selasa.

Sarawak komited capai status bebas rabies menjelang 2030 - Dr Sim
Kerajaan Sarawak kekal komited untuk menghapuskan wabak rabies menjelang 2030, selaras dengan sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tipu pakej umrah: PDRM terima lebih 100 laporan sejak Januari
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima 105 laporan di seluruh negara sejak Januari tahun ini berhubung penipuan pakej umrah yang ditawarkan oleh sebuah syarikat.

Bandar di Norway tawar pengangkutan awam percuma, atasi kesesakan lalu lintas
Orang ramai akan dapat menggunakan perkhidmatan bas, bot dan kereta api secara percuma selama setahun.