awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tembak PGA: PDRM akan ekstradisi tiga suspek warga Thailand - KPN

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
27/03/2021
12:28 MYT
Kes tembak PGA: PDRM akan ekstradisi tiga suspek warga Thailand - KPN
Abdul Hamid berkata, Menteri Dalam Negeri telah menandatangani permohonan ekstradisi selaras dengan hubungan Malaysia dan Thailand melalui triti yang telah dimeterai pada 4 Mac 1911. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Ketua Polis Negara menjelaskan pihaknya sedang berusaha mengekstradisi tiga suspek warga Thailand yang dipercayai terlibat dalam serangan terhadap dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand, November tahun lalu.
Penjelasan itu dibuat Tan Sri Abdul Hamid Bador, sehari selepas Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, memaklumkan ketiga-tiga mereka yang kini berada di Thailand tidak dapat diekstradisi ke negara ini kerana kedua-dua negara tidak mempunyai perjanjian ekstradisi.
Abdul Hamid dalam kenyataan pada Sabtu berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha untuk menangkap ketiga-tiga suspek untuk didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menandatangani permohonan ekstradisi baru-baru ini, selaras dengan hubungan Malaysia dan Thailand melalui triti yang telah dimeterai di Bangkok pada 4 Mac 1911 iaitu 'Treaty Between The United Kingdom and Siam Respecting the Extradition of Fugitive Criminals'
"Setelah penubuhan Persekutuan Persekutuan Tanah Melayu, pada 27 Oktober 1959 triti ini telah dipersetujui untuk diteruskan sebagai instrumen ektradisi di antara Malaysia dan Thailand," jelasnya.
Beliau memberi jaminan, PDRM amat komited untuk memastikan segala usaha diambil agar kesemua suspek dalam kes berkenaan dapat dibawa ke Malaysia supaya mereka dapat diadili berdasarkan undang-undang negara.
BACA: Suspek kes tembak anggota PGA tidak dapat diekstradisi ke Malaysia
BACA: Tembak anggota PGA: 15 suspek tempatan ada kaitan kes lain di Kedah
Ekstradisi | Thailand tidak akan serahkan suspek bunuh anggota PGA
Dalam kejadian 24 November tahun lalu, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban manakala Sarjan Norihan Tari, 39, cedera dalam pertempuran dengan sekumpulan 13 penyeludup kira-kira 600 meter dari tembok sempadan negara berhampiran pos kawalan TS9, Padang Besar.
Susulan itu, polis giat memburu semua suspek dengan seramai 52 orang termasuk empat warga Thailand ditahan di Malaysia bagi membantu siasatan. Tiga suspek utama bagaimanapun ditahan pihak berkuasa Thailand di negara itu.
Topic Berkaitan
#Polis Diraja Malaysia
#PDRM
#Pasukan Gerakan Am PGA
#sempadan Malaysia-Thailand
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#serangan anggota PGA
#Kementerian Dalam Negeri
#ditembak
#maut
#terkorban
#ekstradisi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan