awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembak anggota PGA: 15 suspek tempatan ada kaitan kes lain di Kedah

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
02/12/2020
08:40 MYT
Tembak anggota PGA: 15 suspek tempatan ada kaitan kes lain di Kedah
Surina meninjau kawasan dua anggota PGA diserang di sempadan di Padang Besar, hujung bulan lalu. -Gambar fail
PADANG BESAR:Seramai 15 suspek warga tempatan yang sebelum ini direman di Perlis bagi membantu siasatan kes tembakan di sempadan Malaysia-Thailand yang mengorbankan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) akan diserahkan kepada Polis Kedah.
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, berkata ia berikutan semua suspek itu juga disyaki mempunyai kaitan dengan kes tembakan di sempadan berhampiran Bukit Kayu Hitam, sebelum ini.
Menurutnya, polis juga akan memohon lanjutan perintah reman terhadap semua mereka yang tamat hari ini.
"Siasatan akan diteruskan (bagi kes) yang (berlaku) di Bukit Kayu Hitam. Polis Kedah akan memohon perintah tahanan reman selepas ini," katanya di sini, hari ini.
BACA: Anggota PGA maut ditembak: Reman terhadap 15 suspek warga tempatan disambung
BACA: Polis tubuh pasukan khas bawa pulang 3 suspek tembak anggota PGA dari Thailand
Sabtu lalu, Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah telah mengeluarkan perintah sambung reman terhadap 15 warga tempatan itu yang disyaki terlibat dalam kejadian serangan ke atas dua anggota PGA.
Pada 24 November lalu, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, anggota PGA yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar, terkorban akibat ditembak kumpulan penyeludup.
Rakannya, Sarjan Norihan Tari, 39, pula mengalami kecederaan parah terkena tiga tembakan.
Topic Berkaitan
#PGA
#tembakan
#suspek
#15
#warga tempatan
#sempadan
#malaysia-thailand
#sindiket
#Polis Kedah
#Polis Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan