awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tembak Sungai Golok: Suspek rancang serangan bersama adik - Polis

Bernama
Bernama
03/11/2025
13:40 MYT
Kes tembak Sungai Golok: Suspek rancang serangan bersama adik - Polis
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata berdasarkan maklumat, selepas serangan adiknya melarikan diri dan masih bebas. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Suspek yang menembak mati seorang rakyat Malaysia di pekan Sungai Golok, Thailand, pada Sabtu lepas melakukan serangan itu bersama adiknya.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata berdasarkan maklumat, selepas serangan adiknya melarikan diri dan masih bebas.
Beliau berkata kedua-dua mereka dianggap berbahaya kerana mampu menggunakan senjata api dan menembak mangsa dengan kejam.
"Maklumat kita peroleh daripada polis Thailand suspek utama ditahan selepas menyerah diri kira-kira 6 petang (waktu tempatan Thailand) semalam.
"Selain itu, polis menyiasat mengenai dakwaan suspek dikatakan mempunyai dua kerakyatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Yusoff berkata polis tidak mempunyai rekod melibatkan suspek di Malaysia namun akan melakukan siasatan lanjut berpandukan maklumat yang bakal diperolehi.
"Buat masa sekarang kita sedang menunggu maklumat daripada polis Thailand termasuk latar belakang suspek," katanya.
Menurutnya, polis turut mengetatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand termasuk melakukan sekatan jalan raya bagi mengesan adik suspek.
Hari ini, Bernama melaporkan suspek yang juga bekas pemain import pasukan bola sepak Kelantan, telah menyerah diri kepada polis Thailand semalam.
Semalam, Bernama melaporkan seorang lelaki rakyat Malaysia maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di pekan Sungai Golok, Narathiwat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kes Tembak
#Sungai Golok
#Thailand
#Polis Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan