awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tipu jual makanan Tahun Baharu Cina

Sinar Harian
Sinar Harian
13/01/2022
21:45 MYT
Kes tipu jual makanan Tahun Baharu Cina
Mangsa telah berurusan menempah makanan bagi sambutan Tahun Baharu Cina melalui aplikasi WhatsApp dengan suspek yang tidak dikenali.
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur menerima empat laporan berkaitan kes tipu pembelian makanan dalam talian membabitkan kerugian RM51,400 sejak Ahad hingga Rabu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, mangsa telah berurusan menempah makanan bagi sambutan Tahun Baharu Cina melalui aplikasi WhatsApp dengan suspek yang tidak dikenali.
Menurutnya, suspek kemudiannya telah memberikan satu pautan laman sesawang untuk pembayaran wang pendahuluan.
"Mangsa telah mendaftar dan mengisi maklumat perbankan miliknya seperti mana yang diarahkan suspek," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohd Mahidisham berkata, kesemua mangsa menyedari ditipu apabila terdapat beberapa transaksi pindahan wang dari akaun bank mangsa ke dalam akaun bank suspek.
Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah atau pun aktiviti yang mencurigakan boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585, CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1559/1599 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#kes tipu pembelian makanan dalam talian
#Tahun Baharu Cina
#transaksi
#pautan lama sesawang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan