MALAYSIA
Kes tular: JPNT nafi kes buli, sahkan insiden tular sekadar salah faham

Hantaran tular oleh bapa kepada seorang murid perempuan yang mendakwa anaknya mengalami kecederaan akibat dipukul oleh seorang murid lelaki sehingga terpaksa dirawat di hospital.
KUALA TERENGGANU: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengesahkan bahawa insiden yang tular di sebuah sekolah di negeri ini tidak melibatkan kes buli sebagaimana didakwa di media sosial, sebaliknya berpunca daripada salah faham.
Ringkasan AI
- JPNT mengesahkan insiden tular di sebuah sekolah di Terengganu bukan kes buli, tetapi berpunca daripada salah faham antara dua murid.
- Siasatan dijalankan mengikut SOP Buli dan Salah Laku, dan pihak sekolah telah melawat murid yang dirawat serta sedang mengatur sesi pemuafakatan antara ibu bapa.
- JPNT memberi jaminan isu akan diselesaikan secara harmoni dan menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk buli demi keselamatan persekitaran sekolah.
“Siasatan berhubung kes itu dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Buli dan Salah Laku.
“Pihak sekolah juga telah melawat murid yang terlibat semasa mendapatkan rawatan di hospital dan sesi pemuafakatan antara ibu bapa kedua-dua murid sedang diatur serta akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.
JPNT turut memberi jaminan bahawa isu terbabit akan diselesaikan secara harmoni dan berhemah demi kesejahteraan semua pihak termasuk murid, ibu bapa serta pihak sekolah.
“JPNT juga tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk buli atau salah laku lain dan akan mengambil tindakan tegas demi menjamin persekitaran sekolah yang selamat,” katanya lagi.
Pada Jumaat lalu, tular satu hantaran di Instagram oleh bapa kepada seorang murid perempuan yang mendakwa anaknya mengalami kecederaan akibat dipukul oleh seorang murid lelaki sehingga terpaksa dirawat di hospital.
Setakat ini, hantaran berkenaan telah meraih lebih 15,000 tanda suka dan ratusan komen, selain turut dikongsi semula di beberapa platform media sosial lain, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami