awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tular: Lelaki serang guna batang besi ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
04/08/2023
11:11 MYT
Kes tular: Lelaki serang guna batang besi ditahan
Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan setelah perbuatannya tular di laman media sosial. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Padah mengasari individu lain menggunakan batang besi, seorang lelaki tempatan ditahan pihak polis pada 31 Julai.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan setelah perbuatannya tular di laman media sosial.
Beliau berkata, pihaknya mengesan satu video tular berdurasi satu minit 26 saat yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Twitter pada 3 Ogos jam 12.15 tengah hari.
"Kejadian dipercayai berlaku pada 31 Julai jam 9.55 pagi di kawasan Taman Danau Desa, Kuala Lumpur.
"Video tular itu memaparkan kejadian seorang lelaki mengasari individu lain dengan menggunakan sebatang besi dan telah mendapat enam tanda suka (like) dan empat ulang kicau (retweets).
"Selain itu, pihak polis turut menerima satu laporan berhubung kejadian terbabit yang dibuat oleh seorang pengadu lelaki tempatan berumur 48 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.
Amihizam berkata, tahanan reman selama tiga hari ke atas suspek diperoleh daripada Majistret Kuala Lumpur di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Tambahnya, kertas siasatan akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur untuk mendapatkan arahan lanjut.
"Saya ingin tegaskan, sebarang spekulasi berhubung dengan video tular ini hendaklah dihentikan oleh orang ramai.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian jenayah boleh menghubungi hotline polis Brickfields di talian 03-2297 9222, hotline polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#video tular
#serang orang
#batang besi
#Brickfields
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan