KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung video tular perbualan individu mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dengan seorang kakitangan jabatan itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara esok.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata seramai lapan individu telah dipanggil bagi membantu siasatan kes tersebut.
"Kertas siasatan itu akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara esok selari dengan perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Sementara itu, Razarudin berkata individu yang dinamakan sebagai 'Mr H', yang didakwa ada kaitan dengan video terbabit juga telah dipanggil hari ini bagi sambungan rakaman percakapan untuk membantu siasatan.
Beliau berkata setakat ini tiada keperluan untuk mendedahkan identiti 'Mr H' kepada umum susulan siasatan masih dijalankan dan ia dikhuatiri akan mengganggu proses itu.
Sebelum ini, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.
Mohammad Agus pada sidang medianya baru-baru ini di sebuah hotel di Bangi dekat sini, mendakwa video itu disunting dan telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
Berhubung kes gangguan seksual terhadap seorang wanita membabitkan pegawai sebuah agensi keselamatan pula, Razarudin berkata kertas siasatan kes itu juga akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara esok.
Beliau berkata lima individu telah dipanggil bagi membantu siasatan kes itu.
Sebelum ini, tular di media sosial paparan laporan polis seorang wanita yang bekerja sebagai penasihat kewangan berusia 39 tahun mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang pegawai tinggi kerajaan agensi keselamatan bergelar Datuk sejak tahun lepas.
Dalam kes berasingan, Razarudin berkata lelaki yang ditahan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya tamat hari ini.
"Siasatan mendapati lelaki berusia 34 tahun itu dipercayai membuat hantaran berkenaan secara suka-suka kerana baharu menggunakan aplikasi TikTok.
"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk bukti-bukti teknikal dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada 4 Dis ini," katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial tangkap layar video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli sebuah parti politik namun video tersebut sudah dipadamkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023
Tan Sri Razarudin Husain berkata seramai lapan individu telah dipanggil bagi membantu siasatan kes tersebut.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi positif di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.75 mata kepada 1,621.15 daripada paras penutup 1,619.40 pada Jumaat minggu lepas.
SPM 2023: Gred Purata Negeri Selangor naik, 2,005 dapat keputusan cemerlang
Pencapaian calon bandar meningkat sebanyak 0.12 mata iaitu 4.68 mata pada 2023 berbanding 4.80 mata pada 2022.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7075/7130 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7100/7130 pada Jumaat minggu lepas.
Seramai 2,005 calon SPM 2023 di Selangor peroleh semua A
Daripada 65,452 calon sekolah KPM yang menduduki SPM, seramai 2,005 calon di Selangor memperoleh keputusan cemerlang (gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran berbanding 1,860 calon pada 2022.
Lelaki mengaku cederakan bapa guna kerusi plastik
Ahmad Zikri didakwa sengaja mendatangkan kecederaan ke atas bapanya menggunakan kerusi yang boleh bawa kematian jika diguna sebagai senjata.
[TERKINI] Pengumuman keputusan SPM 2023 peringkat negeri Selangor
11,713 calon SPM 2023 peroleh semua A
Angka ini menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding tahun sebelum ini iaitu 10,109 calon atau 2.7 peratus.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 27 Mei 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejak minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dikeluarkan pada Rabu, ringgit semakin lemah berbanding dolar US.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Play Store perkenal ciri minta orang lain bayar pembelian aplikasi
Google Play Store memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna meminta orang lain membayar untuk aplikasi yang ingin dibeli.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 27 Mei 2024
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berpandangan unjuran terhadap ekuiti Malaysia kekal stabil walaupun prestasi rendah pada Jumaat, susulan penilaian murah di samping asas ekonomi domestik yang kukuh akan memacu pasaran ke hadapan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Buat laporan polis untuk hentikan perbuatan Ebit Lew - Saksi
Saksi memberitahu bahawa dia membuat laporan polis untuk menghentikan perbuatan pendakwah itu supaya tidak ada lagi yang menjadi mangsa seterusnya.
Kes video individu mirip bekas KP J-KOM dirujuk Peguam Negara esok
Tan Sri Razarudin Husain berkata seramai lapan individu telah dipanggil bagi membantu siasatan kes tersebut.
Nepal larang guna aplikasi TikTok
Kerajaan Nepal melarang penggunaan aplikasi perkongsian video TikTok di negara itu berikutan kesan negatifnya terhadap keharmonian sosial.
SKMM kerjasama kekang video berunsur ajaran sesat
Tindakan tidak bertanggungjawab itu akan diatasi sebaiknya termasuk penyebaran video dari negara jiran yang tular di media sosial.
Orang Asli sertai kursus dron, perkasa ekopelancongan guna video kualiti tinggi
Peserta turut diberi pendedahan meliputi pengetahuan asas mengenai teknologi dron dan kemahiran penerbangan.
#BookTokMalaysia suburkan budaya membaca rakyat Malaysia
Jualan buku dan pinjaman buku digital dilaporkan naik mendadak sehingga lebih dua kali ganda berbanding sebelum PKP.
Dalai Lama mohon maaf atas video 'cium', minta kanak-kanak hisap lidah
Baru-baru ini, tular video menunjukkan Dalai Lama mencium bibir seorang kanak-kanak serta meminta kanak-kanak itu supaya menghisap lidahnya.
Dakwaan uji format lima iklan tanpa langkau, ini jawapan YouTube
TeamYouTube memaklumkan apa yang dialami pengguna terbabit ialah format iklan yang dipanggil "iklan bamper".
Suara latar Zhafran Umar tarik perhatian
Suara latar milik si cilik Zhafran Umar Zulfikri Zaki yang berusia tiga tahun dalam video bekal sihatnya mencuit hati pengguna laman sosial.
Polis siasat Setiausaha Politik ADUN pembangkang Perak
Polis telah merakam percakapan seorang Setiausaha Politik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada sebuah parti pembangkang di Perak berhubung sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya