awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beyonce kini bergelar bilionair, kukuhkan status ikon global - Forbes
George Clooney, Amal dan anak kembar terima kewarganegaraan Perancis
Ukraine nafi serangan dron ke atas kediaman Putin, tuduh Rusia cuba gagalkan rundingan damai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SKMM kerjasama kekang video berunsur ajaran sesat

Sinar Harian
Sinar Harian
06/06/2023
02:00 MYT
SKMM kerjasama kekang video berunsur ajaran sesat
Fahmi Fadzil menegaskan, SKMM akan bekerjasama dengan Jakim serta majlis-majlis agama negeri dalam usaha mengenal pasti dan mengekang penularan bahan seumpama itu. - Foto Facebook/Kementerian Komunikasi dan Digital
SHAH ALAM: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menangani penyebaran video berunsur ajaran sesat di negara ini.
SKMM dalam satu kenyataannya memaklumkan, tindakan tidak bertanggungjawab itu akan diatasi sebaiknya termasuk penyebaran video dari negara jiran yang tular di media sosial.
"Sebarang aduan berhubung penyebaran kandungan berunsur ajaran sesat yang diterima oleh SKMM daripada mana-mana pihak akan dirujuk kepada Jakim untuk penilaian lanjut.
"Malah pada masa yang sama, pihak SKMM sentiasa bersedia untuk memberi bantuan teknikal berdasarkan permohonan daripada pihak Jakim," kata kenyataan itu pada Selasa.
Sebelum ini, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memantau serta menyekat penyebaran sebarang video berunsur ajaran sesat termasuk dari negara jiran yang tular di media sosial.
Menterinya, Fahmi Fadzil menegaskan, SKMM akan bekerjasama dengan Jakim serta majlis-majlis agama negeri dalam usaha mengenal pasti dan mengekang penularan bahan seumpama itu.
Katanya, kerajaan akan memastikan bukan sahaja penularan disekat, tetapi mereka yang terbabit dalam penularan itu juga boleh diambil tindakan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SKMM
#JAKIM
#video
#ajaran sesat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan