awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Zahid: Bekas Peguam Negara, Peguam Negara akan dipanggil - Jawatankuasa Pilihan Khas

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
12/09/2023
05:20 MYT
Kes Zahid: Bekas Peguam Negara, Peguam Negara akan dipanggil - Jawatankuasa Pilihan Khas
Menurut William mereka akan dipanggil bagi memberikan penjelasan susulan keputusan melepaskan tanpa membebaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi, baru-baru ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi akan memanggil bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Peguam Negara yang baharu, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
Pengerusinya, William Leong Jee Keen berkata, mereka akan dipanggil bagi memberikan penjelasan susulan keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi, baru-baru ini.
"Saya sebagai pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas telah keluarkan kenyataan bahawa jawatankuasa akan mengadakan prosiding dan kita akan panggil kedua-dua peguam negara untuk berikan penjelasan.
“Kenyataan media telah dikeluarkan dan kita akan bentangkan laporan selepas siasatan dibuat," katanya di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang mempersoalkan tindakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak usul tergempar Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) untuk membahaskan isu berkenaan di Dewan Rakyat.
Jawapan daripada William Leong itu membuatkan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengkritik Shahidan, mempersoalkan mengapa beliau tidak tahu maklumat itu sedangkan beliau adalah ahli jawatankuasa tersebut.
"Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi sudah bersetuju dan membuat keputusan untuk panggil Peguam Negara untuk berikan penerangan mengenai kes DNAA.
"Arau (Shahidan) sendiri adalah salah satu daripada ahli Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut, dia tahu kita akan panggil Peguam Negara untuk berikan penerangan dan prosiding akan dijalankan tetapi dia masih nak bangkit isu ini dalam Parlimen," katanya.
Shahidan kemudian membalas: "Saya tidak tahu”.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Yayasan Akalbudi
#Peguam Negara
#Shahidan Kassim
#DNAA
#William Leong Jee Keen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan