MALAYSIA
Kes Zara Qairina: Fadhlina terima memorandum, jamin siasatan dan SOP ketat

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, mengesahkan menerima memorandum daripada sekumpulan aktivis yang menuntut keadilan berhubung kematian pelajar dari Sabah, Zara Qairina Mahathir. - Foto Facebook Fadhlina Sidek
Kuala Lumpur: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, mengesahkan menerima memorandum daripada sekumpulan aktivis yang menuntut keadilan berhubung kematian pelajar dari Sabah, Zara Qairina Mahathir.
Ringkasan AI
- Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengesahkan menerima memorandum aktivis menuntut keadilan kematian pelajar Zara Qairina Mahathir.
- Beliau memberi jaminan KPM mematuhi SOP ketat dan akan menjalankan siasatan menyeluruh.
- Aktivis mendesak penambahbaikan SOP keselamatan sekolah dan tindakan terhadap pihak yang cuai.
Fadhlina yang juga Ketua Wanita PKR menegaskan KPM sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dalam menangani isu berkaitan keselamatan pelajar, sambil memberi jaminan siasatan menyeluruh akan dijalankan.
Zara Qairina, 13, dilaporkan meninggal dunia bulan lalu selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolahnya di Kota Kinabalu, Sabah.
Kes berprofil tinggi itu mencetuskan perhatian umum selepas keluarga mendakwa berlaku unsur kecuaian pihak sekolah dalam mengendalikan keselamatan murid.
Peristiwa tersebut turut mengundang desakan daripada pelbagai pertubuhan masyarakat sivil, aktivis pendidikan dan badan hak asasi kanak-kanak agar siasatan bebas dijalankan.
Mereka menuntut KPM bertanggungjawab memastikan keselamatan pelajar terjamin serta SOP diperkukuh untuk mengelak kejadian berulang.
Kumpulan aktivis yang hadir ke Parlimen itu menyerahkan memorandum yang mengandungi cadangan penambahbaikan SOP keselamatan di sekolah serta gesaan agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap pihak yang cuai.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami