MALAYSIA
Kes Zara Qairina: Media perlu patuhi etika, kes kanak-kanak bukan bahan liputan sensasi - MMM

MMM menyeru media agar berlapang dada, berdisiplin dan profesional dalam melaporkan kes tersebut, dan menegaskan bahawa kewartawanan beretika adalah satu-satunya jalan untuk melindungi golongan rentan serta menjaga integriti.
KUALA LUMPUR: Semua pengamal media, khususnya editor dan wartawan, digesa untuk mematuhi sepenuhnya kod etika kewartawanan dan prinsip perlindungan kanak-kanak, dalam membuat liputan mengenai kes kematian Zara Qairina Mahathir.
Ringkasan AI
- MMM menggesa pengamal media mematuhi kod etika kewartawanan dan prinsip perlindungan kanak-kanak, termasuk tidak mendedahkan identiti atau memberi stigma kepada mangsa dan keluarga dalam laporan kes Zara Qairina.
- Media diingatkan agar tidak menjadikan kanak-kanak sebagai bahan liputan sensasi atau soal siasat melampau, sebaliknya menekankan keadilan dan kepentingan awam selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001.
- MMM turut menyuarakan kebimbangan terhadap gangguan wartawan semasa sidang media inkues, dan menyeru media agar kekal profesional, berdisiplin serta beretika dalam melaporkan kes melibatkan golongan rentan.
“Memandangkan kes ini melibatkan seorang kanak-kanak, media mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk memastikan laporan adalah tepat, beretika dan penuh kepekaan.
“MMM mengingatkan semua organisasi media dan pengamalnya bahawa kanak-kanak tidak boleh dijadikan bahan liputan sensasi, soal siasat yang melampau, atau pendedahan yang boleh membawa kepada trauma atau bahaya tambahan.
“Dalam kes buli serta inkues yang melibatkan individu bawah umur, maruah, privasi dan keselamatan kanak-kanak mesti sentiasa diutamakan, selaras dengan hak mereka untuk mendapat perlindungan penuh di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611),” menurut majlis itu lagi.
Pada Selasa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kelima-lima remaja yang berdepan pertuduhan dalam kes buli melibatkan Zara Qairina tetap perlu dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
Beliau berkata, sistem perundangan Malaysia telah menjamin hak mereka (tertuduh) di sisi undang-undang berhubung perkara membabitkan kerahsiaan, khidmat guaman serta layanan yang adil.
Dalam pada itu MMM turut menzahirkan kebimbangan berhubung laporan daripada Persatuan Wartawan Sabah (SJA) semasa sidang media inkues kes Zara Qairina baru-baru ini.
“Menurut SJA, individu yang tidak bertauliah telah memasuki zon media, berdiri terlalu dekat dengan wartawan wanita, mengganggu liputan, dan kemudian menjana keuntungan melalui siaran langsung tidak rasmi.
“Perkara ini membahayakan keselamatan wartawan, menjejaskan laporan profesional, serta mengelirukan orang awam,” tegas majlis itu lagi.
MMM pada masa yang sama turut menyeru media agar berlapang dada, berdisiplin dan profesional dalam melaporkan kes tersebut, dan menegaskan bahawa kewartawanan beretika adalah satu-satunya jalan untuk melindungi golongan rentan serta menjaga integriti profesion kewartawanan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami