awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri MICE raih anggaran impak ekonomi RM1 bilion pada 2025
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Zara Qairina: PDRM siasat akaun TikTok sebar kandungan tidak sahih

Kabeer Aziz
Kabeer Aziz
15/08/2025
22:45 MYT
Kes Zara Qairina: PDRM siasat akaun TikTok sebar kandungan tidak sahih
PDRM menegaskan bahawa penularan maklumat tidak sahih boleh menjejaskan kelancaran dan keberkesanan proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap satu akaun TikTok dikenali sebagai @berjuanguntukzara yang didakwa memuat naik kandungan tidak sahih berkaitan kes Zara Qairina.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Ia melibatkan kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian serta kandungan yang mempunyai kecenderungan menghasut kebencian terhadap mana-mana pihak, selain boleh menyebabkan kegusaran dan kegentaran awam.
“Penyebaran maklumat tidak sahih juga boleh menjejaskan kelancaran serta keberkesanan proses siasatan polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai diseru agar menghentikan segera perbuatan tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat yang belum disahkan, bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
PDRM juga mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang berkaitan penyebaran kandungan berunsur hasutan atau fitnah di media sosial.
Topic Berkaitan
#TikTok
#Bukit Aman
#akta hasutan
#Zara Qairina Mahathir
#kandungan tidak sahih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan