awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Zayn Rayyan: Polis tunggu laporan semakan Interpol

Sinar Harian
Sinar Harian
30/12/2023
12:00 MYT
Kes Zayn Rayyan: Polis tunggu laporan semakan Interpol
Hussein Omar Khan berkata, semakan itu berkaitan beberapa maklumat yang diperoleh hasil siasatan setakat ini. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu maklum balas daripada Polis Antarabangsa (Interpol) berkaitan semakan pangkalan data bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, semakan itu berkaitan beberapa maklumat yang diperoleh hasil siasatan setakat ini.
“Setakat ini pihak polis belum ada terima maklum balas daripada mereka (Interpol), kita masih menunggu semakan pangkalan data Interpol bagi membantu siasatan kes ini.
"Siasatan masih dijalankan termasuk operasi pencarian bukti di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya," katanya pada Sabtu.
Tambahnya, polis juga telah merekodkan 225 rakaman percakapan bagi kes bunuh ini setakat Khamis.
Tambah Hussein, pihaknya juga telah mengambil 248 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) individu untuk tindakan lanjut.
Minggu lalu, media melaporkan, polis meminta bantuan Interpol bagi membantu siasatan kes Zayn Rayyan.
Fokus siasatan polis kini adalah untuk mengesan 'prime crime scene' atau tempat kejadian jenayah pertama di mana lokasi sebenar Zayn Rayyan dibunuh.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain memaklumkan Zayn Rayyan berkemungkinan meninggal dunia di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di tempat kejadian.
Mangsa juga kemungkinan sudah 48 jam meninggal dunia dengan kesan kecederaan di leher.
Zayn Rayyan yang dilapor hilang pada 5 Disember ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, kira-kira jam 10 malam pada 6 Disember lalu. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zayn Rayyan
#Interpol
#pencarian bukti
#kes bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan