awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Zayn Rayyan: 'Tunggu hari perbicaraan' - Ketua Polis Selangor

Faida Rahim
Faida Rahim
24/06/2024
03:46 MYT
Kes Zayn Rayyan: 'Tunggu hari perbicaraan' - Ketua Polis Selangor
Hussein Omar (kanan) gesa semua pihak menanti hari perbicaraan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan (kiri) untuk mengetahui perkembangan lanjut. -Gambar fail/SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR: "Kita dah tuduh, tunggu hari perbicaraan," demikian kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan Ketika ditanya mengenai maklumat terkini kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin pada Isnin.
Sebutan semula kes ibu bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang didakwa di Mahkamah Sesyen pada 13 Jun lalu atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal telah ditetapkan pada 26 Julai ini.
Ibu bapa mangsa, Zayn Rayyan Abdul Matiin membayar ikat jamin RM20,000 di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada hari yang sama.
Pasangan yang masing-masing berusia 29 tahun ini bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
Mengikut pertuduhan, suami isteri itu didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak berusia enam tahun itu, mengabaikannya dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kecederaan fizikal.
Hakim kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin kepada setiap tertuduh dengan syarat tambahan melaporkan diri di balai polis setiap bulan serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Tiada syarat pasport kerana dokumen perjalanan tertuduh terbabit sudah tamat tempoh.
Dalam pada itu, Mahkamah Sesyen pada 13 Jun lalu memutuskan hanya pihak terbabit prosiding pengabaian kanak kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 'terikat' dengan 'gag order' atau perintah larangan bersuara supaya tidak mengeluarkan kenyataan membabitkan kes berkenaan.
Hakim Dr Syahliza Warnoh, membuat keputusan itu selepas peguam Fahmi Abd Moin mewakili bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari, yang berdepan tuduhan pengabaian berkenaan, memohon orang ramai dikenakan 'gag order.'
Topic Berkaitan
#Zayn Rayyan
#Hussein Omar Khan
#tunggu hari perbicaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan