awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesan kenaikan SST, pendaftaran PADU antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Astro Awani
Astro Awani
25/03/2024
23:15 MYT
Kesan kenaikan SST, pendaftaran PADU antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Selain soal cukai, isu lawatan Perdana Menteri ke Jerman awal Mac lalu turut dikemukakan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kos sara hidup kesan kenaikan cukai SST kepada 8 peratus, antara yang dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Menurut aturan mesyuarat, isu tersebut akan dikemukakan ketika sesi soal jawab lisan Pperdana Menteri (PMQ).
Persoalan berkenaan kesan kenaikan SST kepada kos sara hidup dikemukakan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah.
Selain itu, beliau turut meminta Perdana Menteri menyatakan berapa jumlah tambahan kutipan hasil negara daripada pelaksanaan semua langkah cukai baharu bagi tahun 2024.
Selain soal cukai, isu lawatan Perdana Menteri ke Jerman awal Mac lalu turut dikemukakan.
Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail meminta Datuk Seri Anwar menyatakan nama syarikat-syarikat dari Australia dan Jerman yang akan melabur di Malaysia masing-masing berjumlah RM24.5 bilion dan RM45.4 bilion seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
Beliau juga meminta Perdana Menteri menyatakan sektor-sektor industri yang akan dibangunkan; serta strategi dan langkah kerajaan bagi mempertingkatkan nilai dagangan khususnya eksport bagi tahun 2024.
Selepas sesi soal jawab lisan PMQ, sesi soal jawab lisan menteri turut tertumpu kepada isu pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU).
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta Menteri Ekonomi menyatakan apakah mekanisme untuk meningkatkan dan mempercepatkan pendaftaran rakyat Malaysia terhadap PADU; yang mana setakat Januari 2024 hanya 1.3 juta sahaja yang telah mendaftar dan apakah langkah-langkah kawalan data PADU daripada disalahgunakan.
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 19 hari sehingga 27 Mac ini.
Topic Berkaitan
#SST
#PADU
#Dewan Rakyat
#kutipan hasil negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan