Lanskap politik Malaysia jelas mengalami perubahan sejak pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1998.
Tatkala sebahagian pihak melihat perubahan itu membawa kebaikan kepada amalan demokrasi negara, sehingga melahirkan kumpulan aktivis politik tetapi natijahnya ia membawa lebih banyak kesan negatif.
Sebagai seorang personaliti politik yang pada satu ketika bersama-sama kerajaan, dan kemudiannya sebagai Ketua Pembangkang, Anwar merupakan ahli politik penuh kontroversi, sinonim dengan laungan 'reformasi' dan perhimpunan jalanan melibatkan para penyokongnya.
Ada penyokongnya yang cuba membandingkan ketokohan Anwar dengan tokoh pejuang kebebasan Myanmar Aung San Suu Kyi, yang sebelum ini dikenakan tahanan rumah, malahan juga seperti pejuang anti-apartheid Nelson Mandela, yang pernah dipenjara selama 27 tahun.
Satu perbandingan yang sangat jauh berbeza dan tidak sepadan kerana perjuangan Anwar adalah lebih bersifat peribadi.
Hari ini, lanskap politik negara sekali lagi terkesan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan terakhir Anwar berhubung tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lepas. Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhi Mahkamah Rayuan.
Ini merupakan kes liwat kedua Anwar, selepas kes pertama apabila beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa di sini pada 1994, dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.
Benarkah ini perbicaraan kes liwat ini satu konspirasi atau cubaan untuk menjatuhkan Anwar?
PERSEPSI KONSPIRASI
Penganalisis politik yang dihubungi Bernama berpendapat keputusan penghakiman oleh lima anggota panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria adalah berdasarkan fakta kes dan keputusan penghakiman berdasarkan bukti yang ada.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata dakwaan terdapat konspirasi adalah tidak benar kerana elemen-elemen konspirasi tidak disandarkan dengan bukti-bukti jelas dan hanya berdasarkan andaian sahaja.
"Pihak pembela telah melantik bekas hakim mahkamah persekutuan (Datuk Seri Gopal Sri Ram) dan pihak pembelaan (yang dianggotai 14 peguam lain) diberi ruang yang cukup untuk membentangkan kes rayuan mereka.
"Oleh itu, dakwaan terdapat konspirasi adalah tidak rasional kerana keputusan mahkamah adalah berdasarkan bukti sedia," katanya.
Panel hakim yang dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali, menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas.
Rayuannya ditolak atas alasan mendapati Anwar "tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan, dan dengan itu pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah". Mahkamah juga memutuskan pembelaan berhubung konspirasi politik kekal sebagai dakwaan semata-mata yang tidak disokong oleh sebarang keterangan berwibawa.
GAGAL KEMUKA BUKTI
Keputusan prosiding kes jenayah yang mengambil masa begitu lama - enam tahun enam bulan - seharusnya diterima dengan terbuka semua pihak dan dihormati, sementelah kes yang bermula di Mahkamah Tinggi pada 3 Feb 2010 bukan sahaja melalui satu proses perundangan yang lengkap bahkan komprehensif.
Jelas sekali ia memperlihatkan proses perundangan negara berjalan dengan bebas mengikut lunas undang-undang negara.
Sepanjang tempoh prosiding kes itu ditangguhkan hampir 70 kali, dengan sebahagian besar daripada penangguhan itu dibenarkan atas permohonan pasukan pembelaan Anwar atas pelbagai sebab, antaranya, supaya hakim perbicaraan menarik diri daripada mendengar kes itu.
Rayuan pula ditangguhkan lebih daripada lima kali disebabkan beberapa permohonan yang difailkan Anwar. Ini menunjukkan proses perbicaraan yang teliti dan telus.
Seorang peguam kanan Datuk N. Sivananthan berpendapat setiap pihak seharusnya menerima keputusan penghakiman kerana mahkamah membuat keputusan berdasarkan lunas undang-undang.
Sementara itu, Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata Anwar gagal membawa pembuktian untuk menyangkal dakwaan pihak pendakwa, dan bukannya mengemukakan teori konspirasi politik.
"Perlu diingatkan kepada orang ramai terutama penyokong Anwar, kes ini bukan difailkan oleh Barisan Nasional mahupun Umno sebaliknya oleh seorang mangsa yang pernah bekerja dengan Ketua Pembangkang itu.
"Kes ini melibatkan bekas pekerja (Mohd Saiful Bukhari) dengan bekas majikannya (Anwar). Kita perlu lihat secara rasional, ini adalah kes dalaman mereka berdua dan tiada kuasa luar atau kuasa politik lain yang mendorong mangsa untuk memfailkan kes tersebut," katanya.
WUJUDKAN KESANGSIAN PERUNDANGAN
Abdul Halim berkata teori konspirasi adalah hujah Anwar sejak kes liwat pertama beliau.
"Anwar sering membangkitkan bahawa beliau dianiaya oleh sistem politik serta mahkamah telah dipolitikkan, sedangkan kita sedia maklum mahkamah adalah satu badan bebas dan berkecuali.
"Hakikatnya, teori konspirasi politik sengaja diwujudkan Anwar dan penyokongnya untuk menimbulkan kesangsian dan keraguan orang ramai terhadap keadilan sistem mahkamah," katanya.
Abdul Halim berkata Anwar tidak boleh sama sekali mengaitkan kes beliau sebagai konspirasi politik kerana beliau sehingga hari ini (sebelum keputusan mahkamah) bebas menjalankan aktiviti politiknya termasuklah menyampaikan ceramah dan sering kali memfitnah kerajaan.
Bagi pensyarah Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Unversiti Utara Malaysia Dr Mohamad Faisol Keling, tindakan mengaitkan keputusan mahkamah itu sebagai konspirasi kerajaan hanyalah bertujuan mengalih pandangan masyarakat terhadap keputusan mahkamah.
PILIHAN RAYA KECIL
Berikutan keputusan mahkamah hari ini, Anwar, 67, yang berasal dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang lucut kelayakan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh.
Ini adalah kali kedua Anwar lucut kelayakan sebagai anggota parlimen setelah didapati bersalah oleh mahkamah dan dihukum penjara melebihi setahun.
Pada 14 April 1999, Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini atas empat tuduhan rasuah terhadapnya.
Yang pasti selepas ini satu pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh akan diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi itu.
Ketiadaan Anwar bakal memberi impak besar kepada parti pakatan iaitu PKR-DAP-PAS, yang perlu menyusun strategi baharu, sama ada akan membawa kelebihan atau perpecahan dalam parti itu.
"Ketiadaan Anwar akan beri kesan besar kepada parti pakatan. Ruang ini akan mewujudkan persaingan antara pemimpin dalam pakatan," kata Mohamad Faisol.
Menurut Ahmad Marthada pula, ketiadaan Anwar memberi kesan kepada lanskap politik negara terutamanya kepada kekuatan pakatan untuk mencari calon yang akan dipilih bagi menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.
Bernama
Tue Feb 10 2015
Politik negara sekali lagi terkesan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan terakhir Anwar berhubung tuduhan meliwat. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).