KUALA LUMPUR: Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) meminta Kementerian Sumber Manusia mewartakan dengan segera tarikh pelaksanaan gaji minimum RM1,500 sebulan bermula 1 Mei seperti diumumkan semalam.
Presidennya Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, langkah pewartaan itu perlu agar semua majikan mematuhi keputusan kerajaan iaitu melaksanakan gaji minimum pada tarikh tersebut dan bukannya pada tarikh lain.
"UNI-MLC mengalu-alukan pengumuman terbaharu dibuat Perdana Menteri semalam namun tidak mahu pengumuman itu tinggal pengumuman. Pada masa lalu, pernah wujud situasi tarikh pengumuman mengenai pelaksanaan dan penguatkuasaan berbeza disebabkan pelbagai faktor.
"UNI-MLC tidak mahu keadaan yang sama berulang. UNI-MLC tidak mahu kerajaan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak sekali gus menangguhkan tarikh pelaksanaan dan penguatkuasaan (gaji minimum)," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan di seluruh negara mulai 1 Mei ini dan ia akan berkuat kuasa terlebih dahulu membabitkan syarikat besar serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) Abdul Razak Md Hassan, ketika dihubungi Bernama, pula berkata kerajaan perlu mengawal harga barangan keperluan bagi mengelak peningkatan harga selepas pengumuman gaji minimum itu.
Beliau berkata pengumuman itu memberi kelegaan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) terutama dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi namun jika harga barangan keperluan terus meningkat, kenaikan gaji minimum tidak dapat membantu golongan berkenaan.
Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad Semenanjung Malaysia (UPUS) Ismail Ali berkata pengumuman itu adalah berita baik yang sudah lama dinantikan kerana kebanyakan syarikat tidak berminat mengadakan perbincangan mengenainya dalam perjanjian bersama.
Beliau berkata pekerja yang terkesan akibat tiada perubahan dalam perjanjian bersama kini boleh menarik nafas lega dengan pengumuman gaji minimum itu.
"Pengumuman ini memberi sedikit kelegaan kepada pekerja yang terkesan secara langsung disebabkan tiada perubahan perjanjian bersama (untuk kenaikan gaji), dengan adanya arahan ini boleh dilaksanakan kepada mereka yang terlibat," katanya.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dalam kenyataan hari ini memaklumkan perincian mekanisme dan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan akan diumum tidak lama lagi.
Kali terakhir gaji minimum dinaikkan ialah pada 1 Februari 2020 daripada RM1,100 kepada RM1,200 sebulan ketika pembentangan Bajet 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 20 2022
Langkah pewartaan itu perlu agar semua majikan mematuhi keputusan kerajaan iaitu melaksanakan gaji minimum pada tarikh tersebut dan bukannya pada tarikh lain.
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
20 terkorban bas terjatuh dalam gaung di utara Pakistan
Bas berkenaan dalam perjalanan ke kawasan pergunungan utara Gilgit-Baltistan dari Rawalpindi di wilayah timur Pakistan.
MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
UNESCO anugerahkan hadiah kepada wartawan Palestin
Wartawan berkenaan dianugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2024 pada Khamis di Chile, lapor agensi berita Jerman (DPA).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
Mohamad wakili PM ketengah isu kepentingan Islam
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Malaysia berpeluang berkembang dengan kemajuan teknologi
Mengambil contoh Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana, beliau berkata keutamaan yang harus dilijat ia seberapa cepat teknologi berkenaan boleh disebarkan ke seluruh ekonomi, dan memanfaatkan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.berkata jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Protes di Paris berterusan, memasuki pusingan ke-10
Penunjuk perasaan memberi amaran akan bertindak lebih ganas termasuk memusnahkan, mencederakan dan membunuh.
Isu pencen: PM Perancis rancang bertemu pemimpin pembangkang, kesatuan pekerja
Elisabeth Borne merancang untuk bertemu dengan pemimpin pembangkang dan kesatuan sekerja dengan harapan dapat menamatkan protes.
Rakyat Perancis mogok bantah naik had usia bersara
Mogok pekerja di Perancis diadakan bagi menentang rancangan reformasi pencen, yang akan menaikkan had usia persaraan ke 64 tahun.
Kesatuan pekerja mohon tarikh kuat kuasa gaji minimum diwartakan
Langkah pewartaan itu perlu agar semua majikan mematuhi keputusan kerajaan iaitu melaksanakan gaji minimum pada tarikh tersebut dan bukannya pada tarikh lain.
Laporan oleh RUM: MOT serahkan siasatan kepada polis
MOT ambil maklum laporan-laporan polis yang telah dibuat dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan serta akan menunggu hasil siasatan tersebut.
Cuepacs cadang wujud pasukan pemantau bebas KKM kaji masalah kemudahan kesihatan
Cuepacs mencadangkan KKM menubuhkan pasukan pemantau bebas di setiap negeri bagi menilai dan mengkaji setiap permasalahan yang berlaku di fasiliti atau kemudahan kesihatan dengan segera.
Omnibus Law: NGO sedia cabar keputusan Parlimen Indonesia
Kesatuan pekerja dan kumpulan NGO Islam dilaporkan sedia mencabar undang-undang cipta lapangan kerja di Mahkamah Perlembagaan.
Pemimpin Kemboja didakwa buat kenyataan sensitif berkaitan sempadan negara
Chhun didakwa di mahkamah pada Sabtu dan jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan didenda.
Syarikat penerbangan Jerman rancang kurangkan 22,000 pekerjaan
Syarikat penerbangan itu meramalkan permintaan yang perlahan selepas krisis dan hanya akan menggunakan kira-kira 100 pesawat.
Peningkatan tarif perkhidmatan Pos Malaysia mampu tingkat prestasi kewangan
Pendapatan yang diperoleh selepas tidak mendapat kenaikan tarif selama 10 tahun tidak dapat mengimbangi kos operasi yang tinggi.