awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesedaran mengenai kepentingan persijilan halal semakin tinggi - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
29/10/2024
14:25 MYT
Kesedaran mengenai kepentingan persijilan halal semakin tinggi - Mohd Na'im
Mohd Na’im pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah kutipan fi persijilan halal menunjukkan peningkatan setiap tahun, sekali gus menggambarkan kefahaman serta kesedaran mengenai kepentingan persijilan halal sebagai nilai tambah perniagaan dalam kalangan usahawan dan pihak industri semakin tinggi, Dewan Rakyat diberitahu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata jumlah keseluruhan kutipan fi persijilan halal yang diterima Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) ataupun Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) seluruh negara dari tahun 2012 sehingga 2023 adalah sebanyak RM80,032,254.43.
Katanya pada tahun 2012, jumlah kutipan fi pensijilan halal ialah RM3,641,120, 2013 (RM2,916,468.03), 2014 (RM4,210,323), 2015 (RM4,521,300), 2016 (RM6,361,300), 2017 (RM7,429,602), 2018 (RM7,997,901.40), 2019 (RM9,295,300), 2020 (RM8,872,800), 2021 (RM10,115,500), 2022 (RM10,783,600) dan 2023 (RM12,153,640).
Mohd Na'im berkata jumlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) daripada 2012 hingga 2023 ialah sebanyak 85,893 syarikat.
Katanya pada 2012, jumlah pemegang SPHM ialah 4,000 syarikat, 2013 (3,597), 2014 (5,276),2015 (5,441), 2016 (5,914), 2017 (7,073), 2018 (7,579), 2019 (9,016), 2020 (8,302), 2021 (8,879), 2022 (9,655) dan 2023 (11,161).
"Peningkatan ini juga menunjukkan bahawa pensijilan halal Malaysia dapat diterima baik oleh pihak industri dan pengguna di negara ini," katanya ketika menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) pada sesi soal jawab hari ini.
Pang meminta Perdana Menteri menyatakan dengan terperinci jumlah keseluruhan yang dikutip oleh JAKIM untuk pengeluaran sijil halal bagi setiap tahun dari tahun 2012 hingga 2023 dan jumlah sijil halal yang dikeluarkan untuk tempoh yang sama.
Dalam pada itu Mohd Na'im berkata kerajaan sentiasa komited untuk meningkatkan jumlah permohonan pensijilan halal Malaysia daripada kalangan pemain industri termasuk usahawan industri kecil dan mikro.
"Dalam hal ini, kerajaan melalui JAKIM dan MAIN atau JAIN mengadakan kolaborasi serta kerjasama dengan agensi pembimbing dengan matlamat mempersiapkan industri agar dapat bersedia dan memenuhi segala keperluan bagi permohonan pensijilan halal," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#usahawan
#pensijilan halal
#JAKIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan