KUALA LUMPUR: Kesedaran nelayan terhadap penggunaan Pengesan Lokasi Individu (PLB) boleh dianggap masih rendah kerana hanya 195 alat berkenaan didaftarkan dalam kalangan golongan itu di laman sesawang bim.mmea.gov.my yang dikendali Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Mengikut data yang diperoleh Bernama daripada Jabatan Perikanan, terdapat 48,826 vesel dan seramai 119,828 orang nelayan berlesen di seluruh negara setakat 2020 dan daripada jumlah itu hanya 2,480 dilengkapi dengan alat Sistem Pengesanan Automatik (AIS).
Angka itu jelas menunjukkan masih terdapat ramai nelayan tempatan tidak mengambil berat hal keselamatan di laut walaupun penggunaan alat berkenaan mampu memendekkan waktu pencarian oleh pasukan penyelamat sekiranya berlaku bencana.
Penolong Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana APMM Lt Maritim Mohamad Hasni Lizarus berkata alat PLB yang menggunakan sistem teknologi satelit terkini mampu menyampaikan maklumat lokasi kecemasan yang tepat kepada pihak berkuasa.
Beliau berkata kepantasan anggota penyelamat untuk tiba di lokasi amat penting kerana ia mampu menentukan nasib mangsa.
“Kedudukan kapal atau bot juga susah untuk ditentukan walaupun mangsa ada memberitahu kedudukan mereka kerana bot akan bergerak mengikut arus laut terutama ketika ribut atau angin kencang.
“Ditambah dengan situasi jika berlaku kecemasan di lokasi yang tidak mempunyai capaian talian komunikasi, penggunaan PLB ini sangat penting kerana dengan hanya menekan butang kecemasan isyarat akan terus dihantar ke Malaysia Mission Control Centre yang kemudian akan menggerakkan kerja carilamat,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurutnya pada tahun lepas APMM mengkoordinasikan 260 operasi Carilamat di laut iaitu 123 daripadanya melibatkan golongan nelayan dan tiada seorang daripada mereka mempunyai PLB.
Sementara itu, Jabatan Perikanan dalam kenyataan kepada Bernama memaklumkan pihak itu amat menggalakkan nelayan terutama nelayan tradisional untuk memiliki PLB sebagai persediaan sekiranya berlaku kecemasan.
"Hanya kapal yang terlibat dengan pelayaran domestik diwajibkan mempunyai AIS, penggunaan AIS atau PLB ini tidak dimasukkan sebagai syarat lesen vesel nelayan tetapi pihak Jabatan Perikanan amat menggalakkan para nelayan memiliki alat ini," menurut kenyataan itu.
Jabatan Perikanan turut memberitahu pihaknya juga menyokong sekiranya terdapat persatuan-persatuan nelayan yang hendak membuat pembelian pukal alatan berkenaan bagi kegunaan ahli mereka berikutan harga alatan itu agak mahal.
Bagaimanapun menurut kenyataan itu, Jabatan Perikanan tetap menitikberatkan keselamatan nelayan dengan sumbangan alat-alat keselamatan seperti jaket keselamatan dan pelampung selain bilik pemantauan Jabatan Perikanan yang beroperasi 24 jam sehari.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022
Jabatan Perikanan juga menyokong sekiranya terdapat persatuan-persatuan nelayan yang hendak membuat pembelian pukal alat PLB. - Gambar hiasan
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Mek Mas ditemukan selamat
Mangsa diselamatkan oleh nelayan yang sedang menangkap ikan pada jarak kira-kira lima batu nautika dari lokasi pencarian, di sekitar perairan Tumpat.
Dua lelaki ditahan disyaki jual diesel bersubsidi nelayan
Treler dipercayai milik sebuah persatuan nelayan yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia lewat 30-an.
Bot nelayan karam, lima mangsa selamat
Kesemua mangsa berusia 34 hingga 39 tahun itu dibawa balik ke Jeti Batang Pinang, Kuala Kedah setelah pemeriksaan lanjut dilaksanakan.
SIMP : 92.3 peratus nelayan telah berdaftar
Sebanyak 92.3 peratus nelayan Pulau Pinang Selatan yang layak, telah membuat pendaftaran Skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) di bawah projek tambak laut Pulau Pinang Selatan (PSI).
Dua nelayan dilaporkan tidak pulang selepas memancing
Kedua-dua lelaki itu telah ke laut dengan sebuah bot untuk memancing ikan sekitar 7 pagi semalam dan sepatutnya balik ke jeti itu pada 6 petang.
Aktiviti seleweng diesel subsidi nelayan di Sungai Besar tumpas
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi nelayan di sebuah premis di Sungai Besar, Selangor.
Tekong hilang ketika menangkap ikan
Kejadian disedari pada jam 8 pagi selepas Ahamadkamaroodin gagal dihubungi serta kedudukan bot yang digunakan tidak dapat dikesan.
LKIM laksana pemutihan setiap bulan, pastikan hanya nelayan tegar terima elaun
LKIM akan membatalkan kelayakan nelayan yang tidak berstatus tegar antaranya tidak memenuhi syarat turun ke laut 120 hari setahun.
APMM tahan 100 nelayan warga asing di Pasir Puteh
Kesemua mereka itu ditahan dalam Op Bersepadu bersama Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan dan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Kelantan (AADK).
Nelayan sorok syabu RM1.32 juta dalam tempat simpan ikan
Helah sekumpulan nelayan menyembunyikan dadah syabu bernilai RM1.32 juta di tempat simpanan ikan sebuah bot di jeti nelayan Sekinchan terbongkar pada Selasa.