awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keselamatan negara: MKN perlu laksana 'Latih Amal Keselamatan Menyeluruh' dengan segera - PM

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
19/07/2022
03:31 MYT
Keselamatan negara: MKN perlu laksana 'Latih Amal Keselamatan Menyeluruh' dengan segera - PM
MKN harus memulakan suatu kerangka pelaksanaan Latih Amal Keselamatan Menyeluruh untuk diuji di peringkat awal sebelum diperkemaskan secara berterusan.
PUTRAJAYA: Sudah tiba masanya untuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaksanakan inisiatif Latih Amal Keselamatan Menyeluruh pada kadar segera.
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ini membolehkan tahap kesiapsiagaan dipertingkat, untuk Malaysia menghadapi sebarang potensi situasi krisis pada masa hadapan.
"Latih Amal ini perlu melibatkan kementerian dan agensi Kerajaan persekutuan dengan kerjasama Kerajaan negeri serta penglibatan pihak swasta.
"Malah, perlu diintegrasikan aspek sukarelawan dan badan-badan bukan Kerajaan khususnya melibatkan pelbagai segmen komuniti," katanya ketika berucap ketika merasmikan Pembukaan Persidangan Keselamatan Negara 2022 dan Sambutan Bulan Keselamatan Negara 2022 di Putrajaya.
Persidangan ini merupakan julung kali diadakan sempula Bulan Keselamatan Negara yang disambut setiap Julai.
Jelas Ismail, setiap agensi Kerajaan harus bersedia melalui mekanisme sedia ada untuk memulakan perancangan pelaksanaan Latih Amal Keselamatan Menyeluruh ini pada kadar segera.
Bagi tempoh tiga tahun akan datang, MKN ujarnya harus memulakan suatu kerangka pelaksanaan Latih Amal Keselamatan Menyeluruh untuk diuji di peringkat awal sebelum diperkemaskan secara berterusan.
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob turut menegaskan agar komuniti harus bersedia menjadi mata telinga agensi keselamatan.
Ia sebagai usaha untuk mencegah sebarang bentuk ancaman kepada keselamatan negara.
Bagi mengiktiraf sumbangan dan peranan ahli komuniti, Kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan konsep Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti (CBSM).
Topic Berkaitan
#Majlis Keselamatan Negara
#ismail sabri yaakob
#sukarelawan
#krisis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan