awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JDT menang tipis 2-1, Natxo Insa dilayangkan kad merah
Runtuhan tapak pelupusan sampah di Filipina: Angka kematian meningkat kepada 20 orang
AS hentikan sementara proses visa untuk 75 negara - Laporan media
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keselamatan orang ramai jadi keutamaan semasa banjir - Uggah

Bernama
Bernama
14/01/2026
20:45 MYT
Keselamatan orang ramai jadi keutamaan semasa banjir - Uggah
Uggah berkata terdapat kawasan yang terjejas teruk sehingga paras air mencecah bumbung rumah panjang, dan dalam keadaan sedemikian mangsa tidak mempunyai pilihan selain berpindah. - Foto fail/Astro AWANI
BINTULU: Kerajaan Negeri Sarawak tidak pernah mengumumkan bahawa mangsa banjir yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) tidak akan menerima bantuan wang ihsan, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Negeri Sarawak menegaskan tidak pernah mengumumkan bahawa mangsa banjir yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara tidak akan menerima bantuan wang ihsan kerana keutamaan adalah keselamatan nyawa.
  • Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, menekankan pemindahan ke PPS adalah sangat penting terutama bagi kawasan berisiko tinggi, dengan tujuan utama untuk menyelamatkan nyawa.
  • Uggah menyatakan kerajaan negeri akan mempertimbangkan pemberian bantuan kepada mangsa yang enggan berpindah dengan syarat tertentu, serta menegaskan perlunya langkah keselamatan tambahan dan kerjasama dengan pihak polis.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata keutamaan kerajaan negeri ketika bencana banjir adalah keselamatan nyawa.
"Justeru, pemindahan ke PPS amat penting, terutama bagi kawasan berisiko tinggi.
"Saya tidak pernah buat pengumuman seperti itu. Apa yang saya tekankan ialah semua pihak terlibat dan berdepan risiko perlu berpindah. Tujuan utama pemindahan adalah untuk menyelamatkan nyawa," katanya ketika menjawab soalan pemberita selepas lawatan Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke PPS Dewan Suarah Bintulu pada Rabu.
Uggah berkata terdapat kawasan yang terjejas teruk sehingga paras air mencecah bumbung rumah panjang, dan dalam keadaan sedemikian mangsa tidak mempunyai pilihan selain berpindah.
Beliau turut mendedahkan terdapat kes di Kuching apabila mangsa enggan berpindah sehingga pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan memindahkan mereka demi keselamatan.
Sementara itu, Uggah ketika mengulas isu pemberian bantuan kepada mangsa yang enggan berpindah kerana ingin menjaga kediaman atau rumah panjang mereka berkata kerajaan negeri mempertimbangkan perkara itu secara kes demi kes dengan syarat tertentu.
"Kami telah beri garis panduan pada Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat bahagian. Dalam keadaan tertentu, seperti keperluan menjaga rumah panjang, sebanyak dua atau tiga orang mangsa boleh dipertimbangkan," katanya.
Beliau bagaimanapun menegaskan langkah keselamatan tambahan perlu diambil termasuk kerjasama dengan pihak polis untuk memantau penempatan atau rumah panjang yang ditinggalkan bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPS
#mati lemas
#mangsa banjir
#wang ihsan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan