awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua Staf Markas ATM Azhan Md Othman dilantik PTD ke-31
E-invois Fasa 4, STSDS Fasa 1 bermula esok – LHDN
Rakyat Kelantan boleh mohon lesen mendulang mulai 1 Jan 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keselamatan Pasar Borong Selayang dipertingkatkan

Hasbullah Awang Chik
Hasbullah Awang Chik
10/06/2013
23:40 MYT
Keselamatan Pasar Borong Selayang dipertingkatkan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini dalam perancangan meningkatkan tahap keselamatan di Pasar Borong Selayang bersama beberapa agensi kerajaan.
“Kawasan berkenaan seharusnya dipelihara dan ditingkatkan kawasan keselamatannya bagi mengelakkan pencemaran dan keracunan makanan.
“Selepas berbincang dengan pihak peniaga, kami kini dalam perancangan untuk memagar Pasar Borong Selayang bersama agensi penguatkuasa seperti FAMA, Jabatan Imigresen dan PDRM.
“Satu tembok dan sistem kawalan keselamatan akan dibangunkan agar peniaga yang dipermitkan sahaja menjalankan perniagaan di sana,” jelas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib.
Ahmad Phesal memberitahu pelaksanan berkenaan mungkin dapat dilaksanakan dalam tempoh sebulan.
“Kami dalam proses pembaikan pagar dan proses itu mungkin mengambil masa selama sebulan,” tambah Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Datuk Bandar memberitahu makmal DBKL dan FAMA akan didirikan bagi memastikan semua produk yang dijual di pasar berkenaan selamat untuk dimakan.
Sejak awal bulan ini, PDRM telah menahan lebih 400 warga Myanmar sebagai langkah membanteras kes jenayah yang membabitkan warga berkenaan di kawasan Pasar Borong Selayang.
Dua lelaki warga Myanmar turut maut ditetak pada hujung bulan lalu dipercayai berpunca daripada rusuhan kaum yang berlaku di Myanmar.
Topic Berkaitan
#agensi kerajaan
#DBKL
#Dewan Bandaraya
#Pasar Borong Selayang
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan