BAGAN DATUK: Kerajaan merancang mewujudkan akta bagi menjamin keselamatan sosial kepada golongan pekerja ekonomi gig membabitkan pekerja e-hailing, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid berkata beliau telah berbincang dengan Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar supaya penggubalan akta berkenaan diperhalusi bagi memenuhi keperluan dan kepuasan pihak majikan serta pekerja.
Beliau berkata perkara itu akan mengambil masa agak panjang kerana ia melibatkan Jabatan Peguam Negara, input daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan yang terlibat dengan industri e-hailing.
"Jika ada akta ini pun, saya fikir ia mesti memuaskan hati semua pihak. Yang penting, asasnya ialah jaminan masa depan mereka," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival Kerjaya MYFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) 2023 Negeri Perak di Hutan Melintang, di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perancangan kerajaan mewujudkan akta berkenaan berdasarkan kepada ucapan perasmian yang menyatakan beliau telah meminta Sivakumar untuk merancang satu akta khas melibatkan pekerja e-hailing.
Dalam pada itu, beliau berkata perlindungan juga harus diberikan kepada pekerja e-hailing bukan sahaja dari segi insurans, tetapi melibatkan faedah dan manfaat untuk mereka.
"Kita harus memperkukuhkan (akta yang akan diwujudkan itu) kerana ini (ekonomi gig) adalah bidang baharu, terutamanya selepas pandemik (COVID-19) apabila ada yang terpaksa berhenti kerja, ada juga yang diberhentikan.
"Jadi reskilling ini harus dilakukan dan kita mesti menjuruskan mereka kepada bidang bersesuaian dengan kelulusan, pengalaman mereka supaya satu jaminan sosial dan keselamatan dapat diberikan kepada mereka," katanya.
Ahmad Zahid berkata kerajaan juga akan menyelaraskan gaji dengan jenis pekerjaan dilakukan supaya pendapatan diterima pekerja adalah setimpal dengan kerja dilakukan.
Menurutnya terdapat banyak peluang pekerjaan dalam negara, namun pencari kerja sering memilih untuk mendapatkan pekerjaan kolar putih (melibatkan pentadbiran, pengurusan) berbanding kolar biru (melibatkan angaranya industri pembinaan, perniagaan).
"Kita akan mengkoordinasi perkara ini agar mereka yang menerima latihan TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) umpamanya, kerajaan negeri Perak mengambil inisiatif untuk (gaji minimum) dimulakan sekurang-kurangnya RM1,800, dan ini adalah satu langkah yang baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023

Ahmad Zahid beramah mesra bersama para pelajar pada Majlis Penutupan Karnival Kerjaya MYFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) 2023 Negeri Perak di Hutan Melintang, Bagan Datuk hari ini. - Foto Bernama
Consider This: Sarawak (Part 1) - Native Status For Mixed-Parentage Children
A new legal amendment in Sarawak will come into force November 1st, which will allow children born of mixed parentage to apply to be recognised as a Native of Sarawak. This means, under the Interpretation (Amendment) Ordinance 2022, children of mixed marriages will potentially be able to own Native land and have Bumiputera/Pribumi status for entry into public universities. What implications may it hold for the people and communities of Sarawak? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Baru Bian, Secretary-General of Parti Sarawak Bersatu (PSB) and Assemblyperson for Ba'kelalan since April 2011.
AWANI Ringkas: Buat komen aib | Sekatan eksport beras
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pakej 11 projek Langat 2 Fasa 1 diiktiraf MBOR
Pakej 11 projek Langat 2 Fasa 1 telah diiktiraf oleh MBOR sebagai saluran paip air berkembar selari terowong mikro terpanjang dan terdalam.

Autonomi PH Sabah harus dikekalkan - UPKO
Ewon Benedick berkata ia harus dikekalkan bagi membolehkan gabungan itu membuat sebarang keputusan demi kepentingan parti dan rakyat Sabah.

IMT-GT rekod nilai dagangan AS$727 bilion pada 2022 - Rafizi
Pertumbuhan Segitiga subwilayah Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) merekodkan nilai dagangan AS$727 bilion pada 2022 berbanding AS$618 bilion (AS$1=RM4.69) yang dicatatkan pada 2021.

Lebih 80 peratus pengguna pulih daripada gangguan bekalan air - PBAPP
Lebih 80 peratus pengguna telah pulih daripada gangguan bekalan air susulan insiden kekeruhan air mentah Sungai Muda, pagi tadi.

Sukan Asia: Muhammad Shah Firdaus raih gangsa keirin
Ini merupakan pingat gangsa kedua individu yang diraih pelumba kelahiran Johor itu, selepas melakukannya dalam acara pecut semalam.

Polis Pulau Pinang tahan 1,054 orang terlibat judi loteri haram
Polis Pulau Pinang menjalankan sebanyak 1,041 serbuan dan menahan 1,054 individu yang terlibat dalam kegiatan perjudian loteri awam tanpa lesen sejak awal Januari hingga 27 Sept lepas.

Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun, tiga PPS ditutup
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah berkurangan kepada 1,550 orang daripada 468 keluarga berbanding 1,908 orang daripada 576 keluarga, pagi tadi.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, didorong permintaan domestik
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.6930/6970 berbanding dolar AS daripada 4.7055/7105 ketika ditutup pada Rabu.

Perkeso saran individu terlibat sektor p-hailing, e-hailing segera mencarum
Individu yang terlibat dalam sektor p-hailing dan e-hailing disaran segera mendaftar serta membuat caruman dengan Perkeso bagi menjamin kebajikan mereka.

GEM yakin penubuhan SEGiM bantu lindungi penggiat industri gig
GEM yakin penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) dapat menambah baik perlindungan sosial serta kebajikan penggiat industri gig.

Sikap pengendali ekonomi gig sukarkan usaha tambah baik sistem perlindungan keselamatan sosial
Beliau beberapa kali cuba mengatur pertemuan bersama pihak pengurusan syarikat bagi membincangkan isu berkenaan, namun tidak berhasil.

Grab berhentikan 1,000 pekerja
Pekerja yang diberhentikan akan menerima pembayaran separuh bulan untuk setiap perkhidmatan yang diselesaikan serta sagu hati.

Kementerian Sumber Manusia sedang rangka polisi bagi menjamin keselamatan sosial pekerja e-hailing
V. Sivakumar berkata ia kini dalam proses penggubalan dasar di peringkat kementerian.

Keselamatan sosial pekerja e-hailing, kerajaan rancang wujud akta - Ahmad Zahid
Kerajaan merancang mewujudkan akta bagi menjamin keselamatan sosial kepada golongan pekerja ekonomi gig membabitkan pekerja e-hailing, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

RM1 juta Armada Bersatu untuk bantuan - Peguam Syed Saddiq
Pasukan pembelaan Syed Saddiq berkata bahawa RM1 juta yang dikeluarkan daripada akaun Armada merupakan bantuan untuk COVID-19, Ramadan, sumbangan hari raya dan kebajikan lain.

Lanjutan tempoh: Teksi, e-hailing capai usia lebih 10 tahun perlu buat permohonan semula
Pengendali kenderaan teksi dan e-hailing yang sudah mencapai had usia 10 tahun perlu membuat permohonan semula bagi membolehkan pelanjutan tempoh maksimum 15 tahun.

Had usia teksi, e-hailing seluruh negara dinaikkan kepada 15 tahun - APAD
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memaklumkan pelanjutan had usia penggunaan kenderaan teksi dan e-hailing di seluruh negara dinaikkan kepada 15 tahun.

Ekonomi gig perlu dipandang serius, bukan lagi kerja sementara - Madeline Berma
Pekerja e-hailing juga menyumbang kepada pembangunan negara tapi umum melihatnya hanya sebagai sesuatu yang berjangka pendek.