awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut, dua cedera diserang di restoran di Jawi, Pulau Pinang
Muzium Pertanian di Kelantan dijangka beroperasi Jun 2026
Perkhidmatan pos Denmark hantar surat terakhir, tamatkan tradisi empat abad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesemua 44 jenazah rakyat Malaysia terlibat nahas MH17 dikenal pasti

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
01/11/2014
11:42 MYT
Kesemua 44 jenazah rakyat Malaysia terlibat nahas MH17 dikenal pasti
HISHAMMUDDIN: Perbincangan akan dibuat dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk prosedur seterusnya. - Gambar Fail
Baki tiga lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 sudah dikenal pasti.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia termasuk jenazah ‎nenek tirinya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Puan Sri Siti Amirah Kusuma.
"Saya diberitahu semalam. Kesemua jenazah kini sudah dikenal pasti. Namun tarikh kepulangan baki jenazah ini akan dimaklumkan kemudian.
"Perbincangan akan dibuat dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk prosedur seterusnya, paling penting semuanya sudah dikenal pasti dan pastinya satu kelegaan kepada negara," katanya semasa sidang media selepas Majlis Penutup Konvensyen UMNO Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Konvensyen sehari itu diadakan untuk mencari formula menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum‎ (PRU) ke-14.
Seramai 1,500 peserta terdiri daripada kepimpinan UMNO peringkat bahagian, anggota kelab Veteran UMNO dan Majlis Bekas Wakil Rakyat Selangor (Mubarak) menghadiri konvensyen kali ini.
Pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas apabila ditembak jatuh di negara bergolak itu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Selain 44 penumpang dan anak kapal warga Malaysia, termasuk seorang yang mempunyai dua kerakyatan, pesawat itu juga membawa penumpang pesawat warga Belanda, Australia, indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.
Dalam pada itu kata Hishammuddin,‎ perasaannya kini teruja, lega dan sedih selepas mengetahui semua mangsa termasuk nenek tirinya dikenal pasti.
"Saya rasa puas hati, kini diharap keadilan ‎akan membawa siapa yang sepatutnya ke mahkamah," ujarnya.
Kali terakhir, lima jenazah mangsa MH17 dibawa pulang pada 3 Oktober lepas.
Topic Berkaitan
#Hishammudin Hussien
#MH17
#Najib Tun Razak
#Puan Sri Siti Amirah Kusuma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan