awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesesakan kenderaan di Plaza Tol Gombak adalah gambar lama - Polis

Bernama
Bernama
18/07/2021
09:10 MYT
Kesesakan kenderaan di Plaza Tol Gombak adalah gambar lama - Polis
Polis tidak akan berkompromi dengan mereka yang ingkar arahan rentas negeri termasuk melalui Plaza Tol Gombak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Gambar kesesakan di Plaza Tol Gombak dekat sini, kononnya kerana berlaku pergerakan rentas negeri sempena sambutan Aidiladha Selasa ini merupakan gambar lama yang sengaja ditularkan kembali.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata hasil pemantauan mendapati kesesakan kenderaan kira-kira 700 hingga 800 meter itu adalah perkara biasa susulan pemeriksaan secara ketat dan teliti anggota polis terhadap pengguna yang melalui sekatan jalan raya (SJR).
"Hasil pemeriksaan mendapati majoriti pengguna mempunyai alasan dan surat kebenaran seperti vaksinasi, trak yang membawa makanan dan urusan dibenarkan polis," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di SJR Plaza Tol Gombak hari ini.
Beliau menegaskan polis tidak akan berkompromi dengan mereka yang ingkar arahan rentas negeri.
Justeru, Zainal Mohamed menasihatkan orang ramai supaya menghentikan tindakan memuat naik gambar atau video kesesakan di plaza tol berkenaan yang boleh menimbulkan kegusaran rakyat.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias ketika dihubungi Bernama berkata aliran trafik di semua lebuh raya dan jalan raya utama lancar serta terkawal setakat 1 tengah hari tadi.
Menurutnya, arahan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berhubung polis tidak menerima dokumen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh empat hari mulai hari ini hingga Rabu depan untuk pergerakan rentas negeri turut membantu mengurangkan aliran trafik.
Topic Berkaitan
#Plaza Tol Gombak
#kesesakan
#rentas negeri
#Aidiladha
#Kelantan
#terengganu
#Pahang
#gambar lama
#viral
#Tular
#polis
#Zainal Mohamed Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan