KUALA LUMPUR: Tahap kesihatan Datuk Seri Najib Tun Razak memuaskan dan tiada sebab untuk beliau perlu dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Ahad lepas.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu dikeluarkan oleh profesional dan pakar yang memberi rawatan kepada bekas Perdana Menteri itu pada Jumaat dan memaklumkan kesihatan Najib memuaskan.

Bagaimanapun, jelas beliau, bagi mengelakkan sebarang pertikaian di masa hadapan, Najib tetap dimasukkan ke HKL pada Isnin untuk pemeriksaan lanjut.

BACA: Tekanan darah Najib berbahaya akibat pertukaran ubat - Pegawai khas

BACA: Najib mungkin dirujuk ke IJN kerana tekanan darah tidak menentu - Peguam

“Saya maklumkan kepada Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan), Datuk Dr Asmayani Khalib buatlah segala pemeriksaan dan saringan agar tiada lagi pertikaian.

“Jika sudah lengkap, laporan akan diserahkan kepada Najib dan mahkamah sekiranya perlu," katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya pada Selasa.

Khairy berkata demikian, sebagai respon terhadap laporan ahli keluarga Ahli Parlimen Pekan itu yang mempersoalkan mengapa Najib tidak dimasukkan ke HKL dan dibenar pulang selepas menerima rawatan.


[LAPOR LANGSUNG] Kes SRC: Mahkamah kekal sabitan dan hukuman, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta

Kesihatan Najib | KKM sahkan beri ubat sama - Dr Noor Hisham

Astro AWANI sebelum ini melaporkan tekanan darah Najib dilapor berada pada tahap tinggi dan berbahaya susulan pertukaran ubat yang diberikan untuk merawat masalah ulser di dalam perut bekas Perdana Menteri itu.

BACA SEMUA BERHUBUNG NAJIB RAZAK DI SINI

Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi dalam satu kenyataan berkata, ujian kolonoskopi yang dijalani oleh Ahli Parlimen Pekan itu pada Sabtu lalu mendapati doktor menemui beberapa ulser baharu di dalam perutnya.

Kesihatan Najib | PM arahkan KKM beri rawatan terbaik

Susulan keadaan tersebut, Najib yang kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang, Selangor memohon untuk untuk pemerhatian di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sehubungan itu, Muhamad Mukhlis berkata, atas dasar kemanusiaan, keluarga Najib merayu kepada pihak penjara, hospital dan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melakukan tindakan yang betul, dan membenarkan Najib diberi rawatan serta pemerhatian perubatan yang sewajarnya.