Kesihatan pekerja di negara ini di tahap membimbangkan dengan sebahagiannya mengalami masalah kesihatan, menurut maklumat yang diperoleh daripada Program Saringan Kesihatan yang dijalankan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata menurut statistik itu, 73 peratus daripada pencarum Perkeso yang menjalani saringan kesihatan mempunyai masalah berat badan, kencing manis (sembilan peratus), tekanan darah tinggi (27 peratus) dan kadar kolestrol tinggi (62 peratus).
"Statistik itu menunjukkan kurangnya kesedaran dalam kalangan pekerja khususnya pencarum Perkeso dalam penjagaan kesihatan. Kesedaran mengenai penjagaan kesihatan amat penting bagi memastikan pekerja kekal sihat untuk bekerja dan menyumbang kepada organisasi dan keluarga," katanya.
Ismail berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Run and Ride Perkeso serta menyempurnakan majlis prapelancaran Hari Pekerja 2017 di sini, hari ini.
Beliau berkata pelbagai usaha dilakukan untuk menggalakkan pekerja mengamalkan gaya hidup sihat, namun ia adalah tugas mencabar memandangkan mereka kurang kesedaran untuk menjaga kesihatan.
Pada majlis itu, lebih 5,000 peserta menyertai Run and Ride Perkeso yang turut disertai Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Adenan Ab Rahman, Pengerusi Lembaga Perkeso Datuk Abu Huraira Abu Yazid dan Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 16 2017

Kesihatan pekerja di negara ini di tahap membimbangkan dengan sebahagiannya mengalami masalah kesihatan.

Trump mulakan lawatan 'Diplomasi Teluk' untuk teguhkan hubungan strategik - Pakar
Lawatan rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke beberapa negara Teluk dilihat sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik, khususnya dalam bidang ekonomi.
‘Tak ada jalan lain, Nurul Izzah kena menang’ – Rafizi
Tidak ada jalan lain melainkan perlunya memenangkan Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat yang baharu, biarpun beliau adalah anak kepada Presiden Parti, kata Datuk Seri Rafizi Ramli. #AWANInews
Nissan Motor catat kerugian, lebih 10 ribu pekerjaan dikurangkan
Nissan Motor akan mengurangkan lebih daripada 10,000 lagi pekerjaan di seluruh dunia, menjadikan jumlah keseluruhan pemotongan termasuk pemberhentian yang diumumkan sebelum ini kepada kira-kira 20,000 atau 15% daripada tenaga kerjanya. #AWANInews
ICAO putuskan Rusia tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17
Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab terhadap insiden tembakan ke atas pesawat Malaysia Airlines MH17.
#AWANInews
#AWANInews

Petinju MMA ditikam tiga kali oleh bekas ahli gim
SEORANG petinju MMA berusia 24 tahun ditikam tiga kali di New York oleh seorang bekas ahli gim yang sebelum ini dilarang daripada masuk ke kemudahan itu.

Polis tahan dua lelaki, selesai kes samun tujuh kedai serbaneka
Polis berjaya menyelesaikan kes samun berkawan membabitkan tujuh kedai serbaneka di sekitar Kota Bharu dalam tempoh kurang 72 jam, selepas menahan dua suspek di Jalan Sultanah Zainab semalam.
"Pemilihan dalam parti bukan 'us versus them'" - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution menjawab soalan media berkenaan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyatakan berpendirian beliau bahawa pemilihan dalam parti adalah 'we are together'.
#AWANInews
#AWANInews
Penurunan angka penagih baru sebanyak 10.5 peratus - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution berkongsi data angka penagih dadah yang direkodkan. Setelah tindakan penutupan pengkalan haram dan jalan tikus di negeri-negeri sempadan, membuahkan hasil dengan turunnya sebanyak 10.5 peratus pada suku pertama 2025.
#AWANInews
#AWANInews
AADK kerjasama Geospatial: Analisis berasaskan aplikasi AI
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media perhimpunan bulanan KDN menerangkan berkenaan anjakan yang dilakukan oleh AADK terhadap analisis data. Kerjasama bersama Pusat Geospatial dapat membantu pihak AADK menanalisis data mentah serta melakukan unjuran berdasarkan fakta yang dikumpul.
#AWANInews
#AWANInews

Konflik hidupan liar: Nik Nazmi seru kerjasama kerajaan negeri-Pusat
Kerjasama negeri-Persekutuan penting bagi menyelesaikan konflik gajah-manusia, lindungi habitat dan elak tragedi berulang.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang meninggal dunia
Allahyarham yang juga Yang Dipertua Pas Maran menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh.

Cuti bersalin 90 hari sektor swasta, Kerajaan tetapkan dua fasa
Kerajaan laksana dua fasa bagi menyegerakan pelaksanaan cuti bersalin 90 hari dalam sektor swasta dengan fasa pertama akan dilaksanakan secepat mungkin