DUBAI: Kestabilan politik di Malaysia ketika ini telah membolehkan kerajaan menumpukan kepada usaha memulihkan kembali ekonomi negara terutama dalam menarik pelaburan baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau menekankan bahawa kestabilan politik amat penting untuk ekonomi negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka berkembang antara 5.5 hingga 6.5 peratus pada 2022 berbanding dengan penguncupan sebanyak 5.6 peratus pada 2020.
"Pelaburan langsung asing (FDI) juga semakin meningkat daripada RM14.6 bilion pada 2020 kepada lebih RM50 bilion pada 2021 manakala perdagangan turut melebihi sasaran.
"Pengangguran juga berjaya dikurangkan. Pada 2021, sasaran peluang pekerjaan adalah 500,000 tetapi kita dapat beri pekerjaan kepada rakyat sebanyak 580,000 dan tahun ini, kita menyasar untuk menyediakan 600,000 peluang pekerjaan kepada rakyat," katanya semasa Majlis Makan Malam Keluarga Malaysia Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersama Perdana Menteri di sini pada Rabu.
Justeru, beliau menambah Malaysia berada pada landasan yang tepat untuk mencari pelaburan baharu dengan adanya kestabilan politik ketika ini.
Ismail Sabri seterusnya berkata berkata ketika lawatan beliau ke beberapa negara ASEAN, Malaysia telah mendapat komitmen untuk pelaburan baharu seperti dari Vietnam, Kemboja dan Thailand.
"Kita akan tingkatkan perdagangan sempadan dengan Thailand kerana perdagangan sempadan antara Malaysia-Thailand menyumbang hampir 50 peratus daripada keseluruhan jumlah perdagangan yang ada," kata Perdana Menteri.
Beliau juga berkata sewaktu lawatan ke Qatar baru-baru, negara berjaya menarik pelaburan RM5.4 bilion, selain peluang Petronas untuk terlibat dalam projek gas.
Sementara di UAE pula, Perdana Menteri berkata banyak syarikat telah menandatangani memorandum kerjasama di Ekspo 2020 Dubai, yang berlangsung selama enam bulan bermula 1 Okt, 2021 hingga 31 Mac, 2022.
Malaysia meraih potensi nilai perdagangan, pelaburan dan petunjuk perniagaan bernilai lebih RM70 bilion secara keseluruhannya bagi 26 program mingguan pada Ekspo 2020 Dubai, mengatasi sasaran yang ditetapkan.
"Ini dapat meningkatkan ekonomi kita dan juga buka peluang pekerjaan. Inilah kelebihannya apabila politik stabil ... pelabur pasti takkan (bawa) masuk (pelaburan) kalau politik tidak stabil. Amat penting untuk saya ambil kesempatan daripada kestabilan yang ada untuk bantu tingkatkan ekonomi negara," katanya.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata usaha menangani pandemik COVID-19 dijalankan secara berterusan dan kesan daripada kemampuan mengawal pandemik itu membolehkan sempadan negara dibuka pada 1 April.
"Dengan pembukaan sempadan ini ekonomi kita akan semakin baik pertumbuhannya dan membolehkan industri pelancongan memberi sumbangan besar kepada pendapatan negara. Dengan pembukaan sempadan industri pelancongan akan berkembang dengan lebih cepat," katanya.
Hadir sama adalah Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Josep Kurup.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 31 2022
Ismail Sabri (duduk tengah) bergambar kenangan bersama para hadirin pada majlis makan malam Keluarga Malaysia di Emiriah Arab Bersatu malam tadi. Turut sama, Saifuddin (duduk tiga, kiri). --fotoBERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.