awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesuma, UM jalankan kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig

Bernama
Bernama
13/03/2024
11:00 MYT
Kesuma, UM jalankan kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata laporan interim berkaitan kajian itu akan dibentang kepada Kabinet dalam tempoh tiga bulan akan datang. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) bersama Universiti Malaya (UM) sedang menjalankan kajian bagi merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata laporan interim berkaitan kajian itu akan dibentang kepada Kabinet dalam tempoh tiga bulan akan datang.
"Kajian yang dilaksanakan (bersama UM itu) adalah tentang terma rujukan, fungsi, pengurusan kewangan dan keahlian Suruhanjaya Pekerja Gig," katanya kepada media selepas majlis pelancaran tajaan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di sini hari ini.
Sim berkata Kesuma menyahut seruan penubuhan suruhanjaya itu selepas pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika majlis penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 pada 2 Mac lepas.
Anwar dilapor berkata penubuhan suruhanjaya berkenaan adalah bagi melindungi hak 1.12 juta pekerja gig terutama dalam kalangan anak muda.
Sebelum ini, media melaporkan Kesuma akan menerajui sebuah jawatankuasa pelbagai kementerian dan pihak berkepentingan bagi merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig yang memberi keutamaan kepada keperluan sosial, pertikaian kontrak dan kemajuan kerjaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Sumber Manusia
#KESUMA
#universiti malaya
#Suruhanjaya Pekerja Gig
#Steven Sim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan