KUALA LUMPUR: Pendakwaan kes 1Malaysia Development Berhad (1MBD) berkata keterangan penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai aliran wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah berdasarkan data dalam penyata bank Datuk Seri Najib Tun Razak dan dokumentasi lain.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata pendakwaan tidak pernah memanggil Adam Ariff Mohd Roslan, 29, yang juga saksi ke-47, untuk memberi keterangan sebagai saksi pakar.
"Beliau adalah saksi fakta. Kegagalan untuk menyoal balas adalah sama dengan menerima fakta yang dinyatakan oleh beliau. Ia adalah semudah itu," katanya.
Ahmad Akram berkata demikian selepas perkara itu dibangkitkan oleh peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang memaklumkan mahkamah bahawa Adam Ariff bukan seorang saksi pakar, justeru keterangannya adalah tidak relevan.
Terdahulu, saksi itu mengesahkan bahawa beliau bukan hadir sebagai saksi pakar sebaliknya memberi keterangan sebagai penganalisis dalam pasukan petugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes 1MDB.
Pada peringkat ini, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mencelah bahawa isu mengenai Akta Keterangan boleh dibangkitkan di akhir kes pendakwaan semasa hujahan.
Semasa pemeriksaan balas, saksi itu berpegang kepada laporan beliau mengenai jejak wang meskipun Muhammad Shafee berhujah bahawa Adam Ariff tidak memiliki dokumen yang mencukupi untuk merumuskan bahawa sejumlah US$20,000,000 telah dikreditkan ke dalam akaun Najib di Ambank.
Kepada soalan lain, Adam Ariff mengesahkan bahawa SPRM tidak memberikan sebarang dokumen berkaitan Bank Riyad di bawah nama 'Yang Teramat Mulia Putera Faisal bin Turki Al-Saud/YTM Putera Saud bin Abdulaziz Al-Saud.'
Akaun Bank Riyad telah memindahkan dana ke akaun Najib dalam tempoh satu hingga tiga hari selepas Good Star, entiti milik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho memindahkan dana kepada akaun Putera Faisal.
Menerusi laporan jejak wangnya bagi fasa Good Star, Adam Ariff berkata sejumlah US$20,000,000 telah dikreditkan ke akaun Najib dalam dua transaksi daripada akaun Good Star di Bank Riyad iaitu pada 24 Feb dan 14 Jun 2011.
Muhammad Shafee: Oleh yang demikian, anda tidak boleh merumuskan secara saintifik bahawa wang berjumlah US$10 juta pada kedua-dua tarikh adalah berasal daripada Good Star.
Adam Ariff: Secara saintifik, tidak.
Muhammad Shafee: Jadi ia adalah pendapat yang berasaskan kepada tekaan bijak?
Adam Ariff: Saya tidak setuju. Saya tidak mempunyai bukti pada akaun bank itu tetapi saya mempunyai bukti sebelum dan selepas pindahan wang dilakukan dan berpendapat bahawa sebagai seorang penganalisis, bukti itu sudah mencukupi.
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.
Perbicaraan di hadapan Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
Pendakwaan tidak pernah memanggil Adam Ariff Mohd Roslan, 29, yang juga saksi ke-47, untuk memberi keterangan sebagai saksi pakar. - Gambar hiasan
Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
"Polis percaya kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI)," menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
#AWANInews
#AWANInews
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.
Barangan mewah lebih AS$346 juta: 1MDB, 10 syarikat saman Rosmah
Kesemua syarikat itu antara lain menuntut Rosmah membayar AS$346,010,489 atau sejumlah amaun yang ditaksirkan oleh mahkamah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Najib dapat persetujuan Kabinet sebelum luluskan surat sokongan bon US$3 bilion
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Najib telah mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada menteri-menteri Kabinet sebelum meluluskan surat sokongan berhubung penerbitan bon.
SPRM mohon maklumat dari Jerman berhubung dana 1MDB disyaki beli kereta mewah
Ia berhubung laporan kereta mewah dirampas oleh pihak berkuasa Jerman di Munich yang dipercayai berkait dengan kes 1MDB.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.