awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Rayuan putuskan kerajaan tidak bertanggungjawab dalam kes kematian tahanan
Prestasi "yo yo" NSFC perlu diperbaik segera - Aminuddin
Polis kenal pasti dua individu disyakit terlibat kes pemalsuan dokumen pemain warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketiadaan pagar antara cabaran banteras penyeludupan dadah di sempadan Kelantan

Bernama
Bernama
30/11/2019
21:40 MYT
Ketiadaan pagar antara cabaran banteras penyeludupan dadah di sempadan Kelantan
Di Pasir Mas, jarak antara Malaysia dengan Thailand menjadi lebih dekat pada musim kemarau kerana ia hanya dipisahkan oleh alur Sungai Golok yang sekitar empat meter sahaja. --fotoBERNAMA/Fail
Ketiadaan pagar di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan adalah antara cabaran yang dihadapi oleh pihak berkuasa khususnya polis bagi membanteras penyeludupan dadah ke negeri itu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata ia sekali gus menyukarkan pihaknya melakukan pemantauan dengan lebih baik khususnya bagi mengekang penyeludupan terutamanya dadah.
"Kelantan mempunyai sempadan darat dan air sepanjang 134 kilometer sekali gus mewujudkan beratus-ratus laluan haram yang memberikan cabaran kepada pihak kami.
"Jika kita lihat di Padang Besar, Perlis, pagar dibina di sepanjang sempadan namun ia tidak dibina di sini," katanya ketika Program Townhall Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Apam Putra di sini, pada Sabtu.
Katanya selain pembinaan pagar, kekurangan penggunaan teknologi tinggi di pintu masuk di sempadan juga menjadi cabaran kepada pihak berkuasa untuk membanteras barangan terlarang itu daripada memasuki negara.
Beliau berkata antara cabaran lain termasuklah keadaan cuaca di Kelantan yang kemarau pada awal tahun dan banjir pada hujung tahun memberi peluang kepada penyeludup untuk melakukan kegiatan mereka.
"Jika kemarau, Sungai Golok akan kering dan memudahkan aktiviti rentas sempadan dilakukan penyeludup, manakala di musim tengkujuh pula, sempadan sungai akan menjadi bertambah lebar sekali gus menyukarkan kita untuk membuat pemeriksaan dan kawalan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktiviti rentas sempadan
#banjir
#cuaca
#Dadah
#Hasanuddin Hassan
#kawalan
#kemarau
#laluan haram
#pagar
#pemeriksaan
#penyeludup
#penyeludupan dadah
#pintu masuk
#polis
#Polis Kelantan
#sempadan
#Sungai
#Sungai Golok
#teknologi tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan